Wednesday, February 3, 2010

Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) gesa Susilo Tegakkan Syariah Dan Khilafah



JAKARTA 6 Dis. - Ribuan penunjuk perasaan berarak hari ini di Indonesia bagi bagi menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya melaksanakan undang-undang Syariah sebagai satu-satunya kaedah untuk menangani kegiatan rasuah yang berleluasa di situ.

Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta.

Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.

Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan bank terseut tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya 'pencabulan' undang-undang.

"Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.

Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.

Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta jaminan kerajaan daripada bank.

No comments: