Monday, February 22, 2010

Aduan

Daripada Album MPP 0910 : Kenangan sesi aduan tahun 2009

Pengumuman kepada para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah [SMIH],

Pada hari
Rabu , [24/02/2010] , pihak Majlis Perwakilan Pelajar SMIH [MPP SMIH] akan membuka sesi aduan besar-besaran yang bakal melibatkan semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sesi aduan tersebut akan diadakan sewaktu sesi perhimpunan pelajar yang bermula pada jam 8 pagi di Dewan Al-Qadisiyah.

Sehubungan dengan itu, diminta kepada semua pelajar agar dapat bersedia untuk membuat aduan pada hari tersebut dengan membawa pen sewaktu perhimpunan nanti agar sesi aduan dapat diadakan serentak dengan semua pelajar.

Kami turut berharap agar semua pelajar dapat bersedia dengan sebarang aduan, cadangan, pandangan, ataupun harapan yang ingin diluahkan kepada MPP pada hari tersebut. Mudah-mudahan semua pelajar dapat berfikir mulai hari ini dan bersedia dengan luahan aduan yang rasional serta penuh hikmah pada hari tersebut.

Diingatkan juga kepada semua pelajar agar mengisi borang tersebut dengan perkataan-perkataan yang baik dan elakkan daripada memuntahkan ayat-ayat yang kasar dan tidak mencerminkan imej pelajar muslim di atas borang tersebut.

Aduan-aduan yang ditulis oleh para pelajar bakal kami klasifikasikan serta bakal kami salurkan ke pihak-pihak yang sesuai, bersesuaian dengan jenis aduan yang antum berikan.

Selamat membuat aduan, Ke arah pengislahan SMIH ke arah yang lebih baik, insya-Allah!

**Pilihanraya kecil Tingkatan 1 2010 juga akan diadakan pada hari Selasa, 23/02/2010 bagi memilih pemangku wakil tingkatan bagi batch 16 untuk menjadi ahli mesyuarat MPP pada setengah tahun terawal 2010 sebelum tiba pilihanraya sebenar.

"MPP : Menyuarakan Pendapat Pelajar."


Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
2009/2010

No comments: