Monday, October 11, 2010

Kita Sebenarnya......

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram ...!
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA...
....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

WALLAHHUALLAM

Rasulullah pernah bersabda,
"Celakalah pada orang yg tidak pernah memperbaiki amalannya!"

Saturday, October 9, 2010

Perhatian

Perhatian.

Kalau antum nak buat apa-apa pasal batch, such Group, Fan Page etc. Sila JANGAN BUAT BANYAK-BANYAK. Sebab kalau tengok, bukannya buat apa-apa pun kan? So, tak payahlah. Okay, terima kasih. (:

Monday, October 4, 2010

XM XM XM !!!!!

Assalamualaikum .wrb.

Peperiksaan hanya tinggal 2minggu sahaja lagi. Kepada pelajar-pelajar tingkatan3, semoga berjaya dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada 5Oktober. Kepada pelajar-pelajar lain, diharap dapat berdoa bersama agar calon-calon PMR berjaya dalam peperiksanaan PMR.

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2, dan 4, diharap dapat mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan Semester 2 akan bermula pada 19Oktober dimana akan berlangsung dalam 2minggu sahaja lagi dari sekarang. Semoga berjaya kepada semua calon peperiksaan. Kami batch15 mendoakan antum, antunna, dan nahnu supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

~AMEEN~