Wednesday, February 24, 2010

Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h
kami DNA 15


dipetik dari artikel iluvislam..

Monday, February 22, 2010

Aduan

Daripada Album MPP 0910 : Kenangan sesi aduan tahun 2009

Pengumuman kepada para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah [SMIH],

Pada hari
Rabu , [24/02/2010] , pihak Majlis Perwakilan Pelajar SMIH [MPP SMIH] akan membuka sesi aduan besar-besaran yang bakal melibatkan semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sesi aduan tersebut akan diadakan sewaktu sesi perhimpunan pelajar yang bermula pada jam 8 pagi di Dewan Al-Qadisiyah.

Sehubungan dengan itu, diminta kepada semua pelajar agar dapat bersedia untuk membuat aduan pada hari tersebut dengan membawa pen sewaktu perhimpunan nanti agar sesi aduan dapat diadakan serentak dengan semua pelajar.

Kami turut berharap agar semua pelajar dapat bersedia dengan sebarang aduan, cadangan, pandangan, ataupun harapan yang ingin diluahkan kepada MPP pada hari tersebut. Mudah-mudahan semua pelajar dapat berfikir mulai hari ini dan bersedia dengan luahan aduan yang rasional serta penuh hikmah pada hari tersebut.

Diingatkan juga kepada semua pelajar agar mengisi borang tersebut dengan perkataan-perkataan yang baik dan elakkan daripada memuntahkan ayat-ayat yang kasar dan tidak mencerminkan imej pelajar muslim di atas borang tersebut.

Aduan-aduan yang ditulis oleh para pelajar bakal kami klasifikasikan serta bakal kami salurkan ke pihak-pihak yang sesuai, bersesuaian dengan jenis aduan yang antum berikan.

Selamat membuat aduan, Ke arah pengislahan SMIH ke arah yang lebih baik, insya-Allah!

**Pilihanraya kecil Tingkatan 1 2010 juga akan diadakan pada hari Selasa, 23/02/2010 bagi memilih pemangku wakil tingkatan bagi batch 16 untuk menjadi ahli mesyuarat MPP pada setengah tahun terawal 2010 sebelum tiba pilihanraya sebenar.

"MPP : Menyuarakan Pendapat Pelajar."


Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
2009/2010

Thursday, February 18, 2010

Sabar

Bismillahirrahmanirrahim....


Di sini ana ingin berkongsi sedikit tentang sifat sabar..

Sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu.

Di mana dengan sifat itu Allah akan mencintai orang yang memilikinya, sentiasa bersama orang itu dari sudut pengawasan dan hidayah, diberikan pahala dengan jumlah yang tidak terkira, dikurniakan tiga perkara serentak iaitu selawat, rahmat serta petunjuk dan akhirnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat dengan ucapan salam.

Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146), “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153) dan “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang shalih dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran. Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”

Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)


Jenis-Jenis Sabar.

Sabar memiliki beberapa jenis. Jenis pertama adalah dari sudut perintah larangan agama. Kita dituntut untuk sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Orang yang sabar tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama. Sabar juga dituntut dalam rangka menjauhi larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan haknya, berzina, mencuri, berdusta dan seterusnya. Seorang penyabar akan menjauhi semua itu tanpa dalih yang pelbagai.

Jenis kedua adalah dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukainya, baik ia merupakan kecemerlangan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya, kelebihan rezeki atau kebahagiaan hidup. Kesabaran akan mengarah kepada sifat bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain apa yang Allah kurniakan, sebagaimana firman Allah: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu.” (surah al-Qasas, ayat 77)

Agaknya yang paling sukar ialah sabar dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan, baik ia merupakan kematian orang yang disayangi, penyakit, kehilangan harta benda atau kesukaran dalam kehidupan. Kesabaran amat penting agar sifat tabah, mencari penyelesaian dan menenangkan diri dapat dilakukan tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan apa-apa lain yang sinonim dengan akhlak yang buruk.

Tidak termasuk dalam maksud dan jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila dia melihat agama, manusia dan dirinya dizalimi. Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan akhlak yang mulia.


Meraih Sifat Sabar.

Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita.

Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada sebahagian jenis yang lain.

Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Dihargai juga apabila ahli keluarga dan rakan-rakan saling menasihati untuk bersabar dengan mengingatkan kembali ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan-keutamaan sabar. Tidak ketinggalan ialah memohon pertolongan Allah agar mengurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah jua telah berfirman: “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (surah al-Nahl 16:127)


~(Aini) Ni post pertama ana dlm blog ini..Segala salahsilap harap dpt dimaafkan...Jgn malumalu untuk tambahtambah apaapa yg dpt dikongsi bersama


Thursday, February 4, 2010

Sultan Johor Mangkat



Johor Bahru,Johor,22 Januari 2010-Sultan Johor iaitu Sultan Iskandar Ibni Al marhum Sultan Ismail,mangkat pada 7:15 malam di Hospital Pakar Puteri.Beliau telah memerintah selama 3 dekad.Kemangkatan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Johor,Datuk ABD Ghani Othman.Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Wednesday, February 3, 2010

Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) gesa Susilo Tegakkan Syariah Dan Khilafah



JAKARTA 6 Dis. - Ribuan penunjuk perasaan berarak hari ini di Indonesia bagi bagi menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya melaksanakan undang-undang Syariah sebagai satu-satunya kaedah untuk menangani kegiatan rasuah yang berleluasa di situ.

Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta.

Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.

Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan bank terseut tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya 'pencabulan' undang-undang.

"Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.

Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.

Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta jaminan kerajaan daripada bank.

Monday, February 1, 2010

Kenapa Kita Harus Tangguh Tidur??


Seorang hakim bekata: "Seseorang tidak boleh tidur sehingga menyelesaikan empat perkara" :

  1. Jangan tidur selama dia percaya atas bumi ada musuh, sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia mati sehingga dituntut oleh Allah S.W.T
  2. Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan belum bertaubat daripadaNya sebab kemungkinan dia mati dan dianggap terus dalam berdosa
  3. Jangan tidur sehingga belum menulis wasiat yang tepat, sebab mungkin dia mati tanpa meninggalkan wasiat.
  4. Jangan tidur jika masih belum menyelesaikan kewajiban kepada Allah S.W.T

Seorang lagi hakim berkata: "Seorang di waktu pagi harus niat empat perkara" :

  1. Menunaikan kewajiban terhadap Allah S.W.T
  2. Meninggalkan larangan Allah S.W.T
  3. Menyelesaikan dengan orang yang dia ada hubungan dagang dan sebagainya. Contoh: Selesaikan dengan orang yang dipinjamkan duit / barang
  4. Memperbaiki hubungan dengan lawannya.

Maka jika dia pagi-pagi ada niat yang demikian, ada harapan termasuk orang soleh yang beruntung.


Manusia pada waktu pagi ada tiga macam:

  • Sebahagian mencari harta.
  • Sebahagian mencari dosa.
  • Sebahagian mencari jalan yang diredai Allah S.W.T.

  • Yang sibuk mencari harta, maka dia tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak.
  • Dan yang sibuk mencari dosa maka pasti mendapat kehinaan.
  • Dan yang mencari jalan menuju keredhaan Allah S.W.T , maka Allah S.W.T akan memberi rezeki dan jalan.

"Baca doa sebelum tidur , Surah-'Asr , Al-Fatihah dan ayat kursi , 3 qul (surah ikhlas , 'alaq , an-Nas). Amalkannya dlm setiap waktu tidur mu." afeqa ahmad.