Bismillah..
Oh, nampaknya jun x de post. Takpela, ana nk post satu. Maybe antum sibuk pasal keputusan.
Cakap pasal keputusan ni kan. Ana bgtau yg ana punya teruk sngt menurun!. Tp dapat nombor 2 dlm kelas. Alhamdulillah, yeay! dapat kalahkan farah!.
Umm, nampaknya ana syok sendiri td. Tp mmg patut pun dpt keputusan macam tu. Sbb masa study week sebelum periksa ana x baca buku. Haha!. Malu nye bgtau benda ni. Tp untuk pengajaran semua ye.
Nape jd macam ni?. (Err nak cite ke? tp ia sngt memalukan!). Takpela, biar ana kene malu, sbb salah ana. Tp kat sekolah jangan ejek ana tau. Hehe.
Ketika sekolah rendah, darjah 1 & 2 mmg ana x kesah pasal keputusan periksa. Bile dpt anugerah prestasi meningkat masa darjah 2, dpt rasa naik pentas. Disebabkan rasa yg sngt indah dan teruja menyebabkan ana mempunyai keinginan untuk naik pentas lg. So ana belajar sungguh2 masa darjah 3, Alhamdulillah, dpt 10 A and again dpt rasa indah dan teruja tu lg. Masa periksa tu, mmg tak sangka langsung ana dpt 10A, ana target 7, 8, 9.
Ketika darjah 4 pula, ana dpt 9A dan dpt naik pentas lg. Dan darjah 5, dpt 10 A. Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekian alam!!.
Pastu darjah 6, dpt 4A UPSR & 8A SPPM. Sebab ape?. Lu ingat bile dpt naik pentas berturutan akan terus berturutan tanpa usaha?. Memang la kan, smua orang tau. Tp ini, ana salah buat dan jgn IKUT!. Apa yg sangkakan ialah kepandaian dan ilmu yg dh ada dalam kepala boleh buat kite berjaya lg. Teettt!!! Salah!.
Arrr..! I've already feel the embarassment. Never mind. Serve me right!.
Sampai sekarang la sangkaan ana tu still kekal dalam kepala. Itu sebabnya teruk keputusan. Argh! geram. Takpela, Berusaha! hilangkan sangkaan itu!! pergila jauh jauh! Shoooh!!!!!!.
Dan pengajaran dari post ini ialah Never Takabbur. Kalau belum nyanyuk lg, dlm Sirah thn 6 kan ade kisah Peperangan Hunain kan.
Pada awalnya umat Islam kalah disebabkan bangga dan terlalu yakin mereka akan menang di atas bilangan yg ramai. Kemudian mereka diserang secara tiba2 menyebabkan tentera Islam kucar kacir. Ada yg mencari tempat sembunyi, ada yg melarikan diri, dan sebahagian menyesal kerana bersikap takabbur sebelum peperangan.
"Islam tidak membenarkan bersifat bongkak, bangga diri, dan sombong. Ingat bahawa Allah paling Maha berkuasa dan Pencipta kita!. Tidak layak kita untuk merasakan kita lebih hebat!."
afeqaahmad.