Wednesday, July 29, 2009

Selsema Khinzir ????


بسم الله الرحمن الرحيم


penaip berhemah :-- شيماء امة الله حسن الدين



Disebakkan dekat sekolah dah ramai yg kena simptom (cane eja)
ana buat lah post ni
dengarlah nasihat ana

JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini,

jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti

dari manakah kita mendapat virus tersebut

Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari

tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer,

key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu

tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan

anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.

Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita

atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas,

namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti,

kita mendapat selsema dari orang terbabit,

besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi.

Perlu difahami juga,

jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka

adalah sekitar 10 kaki jaraknya.

Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.


CUBA TENGOK VIDEO INI



CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ


DOKTOR CKP :


  • Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
  • Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
  • Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.



USTAZ CAKAP:

  • Yakinkan diri dengan kesembuhan,


لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة


Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)


  • Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.


  • Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-


كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله


Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)



  • Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.


Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.


INGAT INI !!!!


إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC),

beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus,

manakala sebahagian lain jatuh sakit.

Mungkin sahaja yang keluar ini sihat,

tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak,

hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada

penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.


BERDOALAH KEPADA ALLAH

NESCAYA AKAN DIPERKENANKAN KEPADAMU


1 comment:

♛LΣNΔTIKΔH.™ said...

caye r utube 2...dye punye post pown pnjg bgoz3..sme bce aw...jgn slhkn owg len menyebabkan kte skit...bgoz syaima' kmoo mmg bgoz..satu lg spe nk memeriahkan blog nie..