Saturday, March 17, 2012

Sharing is Caring :)


Assalamualaikum and Hey there Earthlings :)

Jari jemari terasa gatal saat menerima Email dan password blog batch ini . Terasa ingin berkongsi sesuatu untuk santapan "makan malam" kita semua . Fikir-punya-fikir-punya-fikir , dan tercetuslah
idea kurang berlemak dari Akal ciptaan tuhan ini . [ tiba-tiba teringat
PQS , adab berfikir . ]

Kisah yang dipetik dari perjalanan hidup seorang anak gadis muslim , umurnya sama seperti kita . ENAMBELAS tahun untuk tahun DUARIBUDUABELAS ini . Bermulalah kisahnya Begini ,

Ini cerita hidup aku ,
Kisah ini berlaku lama dahulu . Ketika aku masih belum benar-benar mengenal apa itu membaca dan mengira . Ketika umurku belum mencecah ke-Angka dua . Ketika aku 5 tahun . Ya , kisah ini bermula ketika itu .
Keluargaku menghantarku ke sekolah berAsrama . Ya , Asrama . mungkin ada yang tidak mempercayai , tapi itulah hakikatnya . Pastinya aku menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan patung Barbienya , tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapaku . Belajar berdikari kata orang .


Sudah menjadi kebiasaan sebelum masuk waktu maghrib kami akan berzikir . Masih ku ingat satu zikir yang akan membuatkan aku menangis ketika terdengar zikir itu . Selepas selesai menunaikan Solat Maghrib berjemaah , aku terus keluar menuju ke sebuah kelas . Aku menangis semahu-mahunya di dalam kelas itu . Ketika itulah seorang insan telah hadir menukar duka ini kepada Suka . [ AyatPOYO]

Insan Istimewa : Adik , kenapa nangis ni.
Saya : Teringat ummi dengan Abah .

Kalau anda nampak budak menangis anda akan buat apa ? Bagi gula-gula , Lollipop , Coklat coki-coki ?
Oh , tapi bagi insan ini , [ mungkin kerana tiada semua itu ] dia melemparkan Ulat-Gonggok-badan-belang-kuning-hitam pada saya . [ada ke patut?!]

Saya : ARGHHHHH!
Insan Istimewa : HaHaHaHA
Saya : HaHaHaHaHa . Jahatlah abang ni .
Insan I : Dah lah tu nangis , kalau sedih kan pengubat dia Al-quran , Abang ajar baca surah Al-mulk nak tak?
Saya : Okey . sambil kenyit mata sebelah .
Insan I : Abang baca dulu tau . nanti adik ikut.

Sekali si Insan itu mula mengalunkan Love letters-NYA itu , bagai mahu luluh jantung saya . Sungguh , sungguh , sungguh merdu suaranya .Kalah Mawi .

.. SKIP unImportant Part ..
Ketika Aku ini meningkat dewasa [ tak dewasa sangatlah] Berumur 9 tahun . Dah besar rupanya dia.

Kawan *Aku : Kenapa kau rapat sangat pastu macam suke sangat hah dekat abang [ ] tu ? Kalau hensem macam Abang Hafiz tak apalah jugak .
*Aku: Eh , suke hati ceklah nak suka , nak rapat dengan dia , Hang sebok napa . Tak baiklah kata dia macam tu .HangPa tak tau Abang [ ] tu macam mana , tak payah banyak katalah . Cek *Ghasalah [ Rasalah ] Abang Hafiz tu takat Hensem buat pa , Seburuk-buruk Abang [ ] yang korang pikiak [ fikir ] , suara dia sedap, HAFIZ pulak tu .
..Senyap terus..

Yes , No one knows betapa sedapnya suara Insan itu . Kerana dia sangatlah merendah diri . Budak perempuan tak pernah dengar dia mengaji kuat-2 . Kawan laki dia je tah betapa merdunya suara insan itu . Perwatakan Lelaki itu pula bagaimana ? Ya , Hidung tak mancung , muka bersih tanpa Jerawat batu , Jeragat dan sebagainya . Kulit hitam manis . Suka pakai Kopiah raihan . Kerana kegelapan warna kulitnya mungkin , orang memandang rendah padanya . Tapi Hafazan dia, jangan cakaplah , Rasanya dah Hafiz kot waktu dia F1 .

Yepp , Aku cukup bangga dapat mengenali si dia yang istimewa itu . Kerana dia aku suka GIGAA dengan Love Letter-NYA . THE END

Moral of thee Annoying , weird , Tergantung cerita ini ialah :
Seriously , don't judge a BOOK by its Cover , Even banyak habuk sekalipun cover buku tu , tak semestinya isi dia Bosan GIGA . Am i Right ?
Also , Don't Jugde a Guy 'cuz its face . <--- Ayat abang saya ;)
Yelah muka tak hensem , hidung tak mancung bak bibir si Angsa . Tapi Suara . PERGHH . Kemain sedap dia , kalau mawi . Hafiz pulak tu . [ Diambil daripada cerita ya ]

We aint Perfect , Please people , STOP Judging other people , 'cuz We AINT PERFECT !
"Kalau kau rasa kau Tuhan , barulah kau berhak nak men'Judge' Orang . Sebab hanya DIA je yang Perfect "

Cuma Friendly Advice SAHAJA .
Assalamualaikum and Bye People ,
May Allah Bless .
We Aint Perfect . I'm not Perfect . Sorry :)