Friday, August 27, 2010

Album 2 Islah


LINK (Facebook Page) :http://www.facebook.com/pages/2-Islah/154414284571130?v=photos&ref=ts

Thursday, August 26, 2010

1 nafsu , 9 nafsu

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka.

Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.
Rabi’ah bertanya:
“Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?”

Lantas Hasan Basri menjawab:
“Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.”

Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya:
"Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?”

Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Lelaki boleh jatuh kerana perempuan, tetapi kadangkala perempuan juga boleh jatuh kerana lelaki, tetapi itu bukan alasan kerana kita mempunyai 9 nafsu sedangkan Rabiatul boleh menjaganya.

"Dont judge a girl by her clothes!" (hehe, tukar. Smart? or Weird?)

Saturday, August 21, 2010

transformasi

OLD:


NEW:


sorry if it looks bad

Hari Al-quds Mengingatkan Kita!!!



Assalamualaikum,apa khabar antum semua?Ana harap semua sihat-sihat sejahtera!Sekarang bulan ramadhan,bulan yang penuh dengan barakah.Kita menjalani ibadah puasa dengan aman di bilad yang amin.Tetapi ada di antara saudara kita diluarsana dengan peperangan,bencana alam dan sebagainya.Jangan lupa bahawa Rasulullah pernah bersabda,mafhumnya:

"Tidak islam seseorang itu itu jika dia lupa akan saudaranya"


Sebagai orang islam...kita jangan pentingkan perut kita sahaja.Tambahan ini bulan madrasah tarbiah.Tarbiahlah diri masing masing supaya sentiasa berada di atas jalan Allah.
janganla pulak,

mereka bangun tahajjud...
kita masih berselimut
mereka memegang sejata,
kita susah nak membuka mata.

bangunlah wahai saudaraku yang di buai dunia,
teriak mereka.
mereka di atas kuda,
kita di dalam kereta,
tengok mereka ducincang tubuhnya,
seperti menonton filem,

bila saya boleh syahid di jalan Allah,
tertanya-tanya mereka,
bila saya boleh bermain,
tanya kita.

Siapalah kita berbanding mereka



mereka berjihad menetang yahudi,
kita berjihad menetang nafsu sendiri,
dalam madradah tabiah ini,

mereka mengankat senjata,
kita mengankat pensil,
mereka diuji dengan peperangan,
kita diuji dengan kemewahan dan kesenagan,



kami bersama kalian wahai saudara kami
al-aqsa tetap dalam mata kami
serta dalam ingatan kami!!!

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Assalamualaikum wrt,

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Sekarang kita sedang menghadapi bulan ramadhan. Jadi, jangan sia-siakan ramadhan kali ini. Jangan sia-siakan masa yang diberi percuma untuk mendapat pahala yang banyak. Dengarlah wahai kawan-kawan, hidup kita tak lama. Esok, lusa atau sebentar lagi kita akan mati. Mana tau kita tak cukup pahala nak masuk syurga nanti. Terpaksa bersihkan dosa kita dengan dibakar di neraka. Mahukah kawan-kawan masuk neraka kerana tak cukup pahala? Jadi beramallah.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Moga didekatkan dengan hari kemenangan islam, Hari raya Aidilfitri.

Taubat di Pinggiran Hati

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!

“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”

(An-Nisaa’: Ayat 27-28)

Thursday, August 12, 2010

Bersedia!

UJIAN BULANAN 2. (:
160810 - 200810

Ujian kali ini datang dengan Ramadhan. Jadi, kita iringkan perjuangan kita mengaut pahala dengan kejayaan ujian kali ini. Semoga Allah membantu kita! :D Fighting! *Syukur, ujian kali ini pada bulan yang penuh berkat. :]

Wednesday, August 11, 2010

Pemuda Pemudi

Memandang satu pandangan masa hadapan. Mengira dan menghitung umur. Oh, telah 14 tahun. Muda? Masih mudakah?

Tua untuk bermain-main. Tua untuk tidak serius. Tua untuk sekadar bermain di medan teori. Tua untuk buat tidak kisah.

Membayangkan bebanan yang akan dipikul beberapa tahun nanti.

Tetapi apakah umur-umur kami ini menyedari?

Atau masih memilih untuk berfoya-foya dengan kemudaan yang masih wujud pada diri?
Yang disuruh kejar, menanda ia bukan benda kecil

Rasulullah SAW ada menggesa manusia untuk mengejar lima sebelum lima.

Di dalam riwayat yang sohih, gesaan untuk kelima-lima perkara itu dimulakan dengan:
“Kejarlah lima sebelum lima, masa mudamu sebelum masa tuamu…”

Masa mudamu sebelum masa tuamu.

Dan semestinya yang disuruh kita menyambarnya ini, bukanlah perkara kecil. Jika kecil Rasulullah SAW tidak akan memesanya sedemikian rupa. Perkataan ‘kejar’ itu sendiri sudah menunjukkan besarnya akan perkara ini.

Mengapa mesti muda? Apa yang pemuda dan pemudi ada?

Kekuatan, tenaga, kecerdasan, semangat membara

Pemuda-pemudi punya kelebihan yang besar berbanding para veteran dalam banyak perkara. Tinggal hikmah dan pengalaman sahaja yang mungkin tidak mampu ditandingi. Itupun hakikatnya,

Tetapi ke mana pemuda dan pemudi mengeksploitasikan kekuatannya, tenaganya, kecerdasan akal mudanya dan semangat membaranya?

Kita lihat hari ini pemuda pemudi kita terjerumus ke satu alam kotor yang merosakkan.

Kita lihat betapa mereka kuat berpegang dengan stylo yang mereka rasa cool, dengan gaya hidup yang mereka rasa macho, dan fesyen yang mereka rasa popular.

Mereka mempunyai tenaga, maka ke mana dihabiskan?

Kita dapat lihat ramai pemuda pemudi kita mampu ber’clubbing’ sampai pagi. Menari menari dan melakukan pelbagai perkara lagi.

Mereka mempunyai keberanian, ke arah mana mereka halakan?

Kita dapat lihat betapa banyak kelahiran anak luar nikah. Bukankah itu hasil ‘keberanian’ pemuda pemudi melakukan sesuatu yang dinyatakan sebagai ‘terlarang’? Belum dikira yang berani merempit atau memandu laju kerana darah muda.

Mereka mempunyai kecerdasan akal, ke arah mana mereka gunakan?

Sampai kalau tak ada penghisap shisha sendiri, sanggup reka asal boleh sedut asap. Tak ke genius? Belum dikira lagi teknik-teknik pecah asrama, lari dari warden@ibu bapa, karang skrip tipu itu ini.

Resmi darah muda, panas, semangat berapi-api, ke arah mana disalurkan?

Ke arah mana semua ini? Ke arah yang bermakna kah? Yang boleh dikira sebagai ‘kehidupan’ kah?

“Ala bro, buat apa fikir-fikir ni? Umur masih muda”

Ya. Umur masih muda. Sebab itu ajak fikir. Kalau sudah tua, terlambat tak bermakna.
Pernah tak terfikir akan satu perkara yang dinamakan masa hadapan?

Masa hadapan dunia, masa hadapan Islam

Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata:
“Sekiranya kau ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda pemudinya hari ini”

Betapa pemuda pemudi adalah kunci kesejahteraan masa hadapan. Baik keluarga, masyarakat, negara, dunia mahupun Islam itu sendiri. Kunci kelangsungan perjuangan Islam zaman berzaman adalah kerana wujudnya pewaris-pewaris matang yang menjadi penggerak arus pejuangan Islam itu sendiri. Begitulah juga keluarga memerlukan pemuda-pemudinya menjaga diri agar tidak rosak masa hadapan famili. Samalah juga masyarakat, akan menjadi rosak dan terbantut sekiranya pemuda pemudinya rosak tidak membangun. Begitulah negara dan dunia sekalipun. Semuanya bergantung harap kepada pemuda pemudi.

Pembinaan seseorang yang hebat itu, bermula semasa mudanya.

Siapakah yang akan mencorakkan dunia 10 tahun lagi? Adakah masih veteran hari ini?

Siapakah yang akan memegang negara 20 tahun lagi? Adakah masih muka-muka pemimpin hari ini?

Siapakah yang akan menjadi ahli komuniti di dalam masyarakat 10 tahun lagi? Adakah masih ayah ibu kita?

Siapakah yang akan menjadi bapa, ibu kepada anak-anak masa hadapan lagi? Apakah masih datuk dan nenek kita hari ini?

Siapakah yang hendak membawa Islam 10 tahun lagi?
Masih Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang telah berumur serta berkerusi roda? Atau mengharapkan Imam Hassan Al-Banna hidup semula?

Jawapannya hanya satu.
Pemuda pemudi hari ini. Namun siapakah antara kita yang memahami?

Dan proses bukan sekelip mata

Tua untuk bermain-main. Tua untuk merasa lengah. Tua untuk tidak bersedia. Tua untuk berlagha-lagha melampau.

Hal ini kerana proses mengubah diri bukan memakan masa yang pendek. Kita sudah berumur 14 tahun. Lagi 10 tahun saya akan berumur 24 tahun. Apakah kita sudah cukup matang untuk menjadi ahli masyarakat yang berumur 24 tahun? Yang menjadi ahli komuniti masyarakat, yang menjadi pekerja, yang menjadi pembawa Islam?

Atau 24 tahun kita masih budak-budak, pemikiran tidak matang, hidup ikut emosi, jalan tak fikir akhirat, tidak kisah kiri kanan dan masa hadapan masyarakat?

Dan kita hanya ada 10 tahun sebelum menjadi 24 tahun. Apa, sekejap je? Tidak perasankah kita masa berlalu begitu pantas. Tiba-tiba sudah nak akhir tahun. Akan 15 tahunlah kita. Adakah kita telah merancang 10 tahun untuk menjadi seorang Pemuda pemudi berumur 24 tahun yang lebih baik dari veteran-veteran berumur 24 tahun hari ini?

Memandang hal ini menyebabkan kita merasakan kita telah tua.

Mu’adz dan Mu’awwidz menumbangkan Abu Jahal kala umur mereka masih belasan. Usamah bin Zaid RA menjadi jeneral kala umurnya 18 tahun. Menumbangkan Rom pada umurnya 19 tahun. Muhammad Al-Fateh menjadi raja ketika umurnya 22 tahun, dan menumbangkan Konstantinopel pada umur 23 tahun. Itulah kualiti yang membangunkan ummah yang hebat.
Saya? Pemuda pemudi hari ini?
Berapa masa yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berkualiti, yang pantas menggantikan veteran hari ini lantas membawa dunia ke arah yang lebih baik?
Apakah masih mampu kita berfoya-foya dan buat tidak endah?

Kehidupan ada matlamat, manusia ada tanggungjawab

Paling tidak manusia itu akan memimpin dirinya sendiri. Dan perlu disedari dan difahami, betapa diri kita adalah salah satu dari bata yang hendak membina bangunan bernama ummah.

Apakah kita suka menjadikan diri kita sebagai bata yang rapuh, punca kepada keruntuhan ummah? Saya tidak faham bagaimana beraninya kita berhadapan dengan Allah SWT nanti dengan membawa kesalahan sedemikian besar.

Hidup punya matlamat. Matlamat di dunia adalah mentadbir dunia ini sebagai khalifah, menegakkan Islam dan menjamin kemaslahatan seluruh alam. Matlamat di akhirat adalah syurga Allah SWT. Mahu tidak mahu, hendak mencapai kedua-dua ini satu keperibadian perlu dibina. Keperibadian berkuliti.

Dan pemuda pemudi sepatutnya mula peka.
Lihat semula diri.
Hendak menjadi yang bagaimana?

Betapa asas pembangunan ummah sepenting pemuda pemudi, bila rosak menjanjikan kehancuran masyarakat dan kegelapan masa hadapan. Tidak mahu percaya akan hal ini, saya sarankan anda melihat keadaan sekeliling. Jenayah-jenayah hari ini. Institusi keluarga yang gagal. Pendidikan yang berterabur. Kelam-kabut dan kucar-kacir politik hari ini. Islam yang ditinggalkan.

Mengapa semua ini berlaku? Hal ini kerana yang menggerakkan dunia hari ini adalah pemuda-pemudi yang tidak sedar suatu masa dahulu.
Apakah kita sekadar hendak meneruskan rantaian ini?
Untuk saya, jawapannya adalah tidak.


Dipetik dari Langit Ilahi

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan dhh dtggg..

Alhamdulillah..ramadhan yang ditunggu-tunggu..
akhirnya sampai juga kepada kita semua..

Alhamdulillah.