bismillah
kerna lagu batch sesuai dgn keadaan kita sekarang..
Mari Kita Mencipta Langkah ! perubahan ke arah kebaikan
kerna hari ini kita sudah mula sedar
akan keprihatinan sekolah akan batch kita
kerna hari ini kita sudah mula punya kesatuan hati
pabila sang rijal menyahut sahutan
bergema seisi dewan
bila sang rijal melakukan perubahan
bergegar lah seisi dunia
kerna rijal itu pemimpin kepada wanita
maka pimpin lah langkah yang kita ingin cipta..
kerna rijal itu lebih kuat dari nisaa'
kerna nisaa' itu menguatkan rijal
mari bersama berganding bahu
mencipta langkah ke arah kebaikan
kerna nisaa' itu adalah sebahagian punca berlaku masalah
mari bersama kita mengorak langkah
pabila rijal sudah mula bergerak
maka kita menyusul menyusuri langkah
kerna kita ini nisaa' sejati kerna kita mahal sekali
jangan sesekali membenarkan diri disentuh sebelum menjadi isteri
menjaga diri amanah ILAHI
kerna kita tulang belakang sang rijal
kerna kita perlu berusaha kuat
kerna kita, naik turunnya rijal
kerna kita penetu masa depan
kerna itu kita harus suci
agar islam terus dianuti
kerna solat itu tiang agama
kerana doa itu senjata kita
maka lengkapkan pakaian senjata
sebagai bekalan ke medan perang
medan yang penuh pengorbanan
medan yang penuh menguji keimanan
medan manusia yang lalai
yang menekan kita untuk merawat menyedarkan
dan segalanya itu perlu
sebagai bekalan kita di siratul mustaqim
agar ada sesuatu untuk kita tuliskan dalam rayuan ke syurga
kerna DIA sayang
kerana mereka sayang
demi masa depan ummah
segalanya perlu dilakukan
kau benci kau caci kau keji mereka
kerna sakitnya fizikal mu mereka kenakan
namun mereka itu sedang mengubat merawat hati mu yg lebih tenat
mereka prihatin mereka kasihi
melihat hubungan kita yang semakin renggang
dengan Yang ,Maha Esa Yang Maha Kuasa
kerna itu kita perlu mengorak langkah mendekati DIA
mengorak langkah menuju kebaikan UMMAH
kerna mereka lihat kita ini masa depan ummah
kerna mereka tahu rosak kita rosaklah pemimpin dunia
kerna kita pelapis perjuangan suci
kotor kita dimana perjuangan suci itu?
maka bersama kita berubah
kerna dunia semakin tenat
dengan dosa dan maksiat
jika kita turut tenat
maka siapakah yang menyembuhkan yang merawat
dunia masa depan?
kerna itulah kita PELU
bersama membina perisai keimanan.
agar tidak mudah jatuh dihanyut arus dunia yang menguji
kerna ukhuwah kita sudah mula terlihat
kerana kepaduan suara sudah menjadi lambang
gen 15 masih mampu untuk menjadi yang terbaik
jatuh kita bukan bermakna mati.
namun sesaat untuk bermuhasabah diri
agar diri tidak terus berlagak
dengan kelebihan yang tak seberapa ini
kerana janji2 manis yang ditabur .
bukan sekadar kata yang terkeluar dek mulut semata
namun ikhlas inshaAllah
dari hati nurani yang ingin ke arah perubahan
mari buktikan semangat.. jihad ..ukhuwah kasih sayang
kekuatan .. perubahan .. dan sbg
akan menjadi tunjang perubahan
kita jatuh bukan lemah
hanya mengecas bateri untuk menggegar dunia.
kerna kita bukan lemah
kerana kita punya ALLAH
kerna kita punya pendidik yang berjiwa kental
kerna mereka guru dan pendakwah
kita bukan lemah ..mari beerubah
jatuh sekali tidak bermakna selamanya !
mari BANGKIT generasi 15!
kerna dunia memerlukan kita
kerana sekolah berharap kepada kita
mari membuka hati mengorak langkah menuju ILAHI
hayya ya rijal wa nisaa' takbir!
ALLAHUAKBAR!!!!
KITA gegarkan HIDAYAH
KITA gegarkan UMMAH
KITA senyapkan segala KUTUKAN
KITA lenyapkan segala CEMUHAN
kerana kita tidak seperti yang mereka katakan
kita cuma belum MENUNJUKKAN
KEKUATAN SEBENAR GENERASI 15!!!!
GENERASI 15
MENCIPTA LANGKAH
GENERASI 15
PENGISLAH UMMAH