Tuesday, September 15, 2009

1 hikmah sahaja..

salam~

utk 1 hikmah yg belum salin sinopsis 'bila retak kota melaka'

pada suatu petang, sebelum berbuka puasa, tun ali bertanya tentang tafsiran mimpinya kepada tun fatimah . menurutnya, dalm mimpi itu, dia hampir lemas di dalm sungai melaka. pada ketika itu, dia ternampak arwah nendanya melambai- lambai ke arahnya. tun fatimah menenangkan keadaan suaminya dan menasihatkannya supaya tidak terlalu memikirkkan hal itu. pada pagi hari raya, bendahara dan pembesar- pembesar lain menghadap sultan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. sebelum itu, bendahara menegur raja mendeliar kerana perbuatannya yg dianggap melanggar adat , iaitu mengucapkan selamat hari raya aidifitri kepada bendahara di dalm istana sebelum bendahara menghadap sultan. akibatnya, raja mendeliar berdendam kepada bendehara. raja mendeliar mendapat peluang yg baik utk membalas dendam apabila kitul menabur fitnah , kononnya bendahara hendak membunuh raja mendeliar melalui khoja hassan, raja mendeliar memberitahusultan tentang pakatan naina sura dan bendahara yg merancang untuk merampas kuasa daripada sultan. tanpa usul perisa, sultan mengenakan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga bendahara kecuali tu fatimah. baginda hanya menyedari perbuatannya itu apabila tun fatimah menceritakan peristiwa sebenar yg berlaku pada hari hukuman tersebut dijalankan. akibatnya, sultan menjahtukan hukuman bunuh kepada penghasut2 yg menfitnah bendahara.

dah habis...

Thursday, September 3, 2009

Kembalilah Wahai Lelakiku !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.


Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.



Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.



Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.



Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dahn kroninya,
Hingga sanggup membunuh.



Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,


Kembalilah Wahai Lelakiku !!

Pada kelakian mu,


Kami rindukan lelaki dulu,


Acuan madrasuh rasul.