Monday, October 11, 2010

Kita Sebenarnya......

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram ...!
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA...
....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

WALLAHHUALLAM

Rasulullah pernah bersabda,
"Celakalah pada orang yg tidak pernah memperbaiki amalannya!"

Saturday, October 9, 2010

Perhatian

Perhatian.

Kalau antum nak buat apa-apa pasal batch, such Group, Fan Page etc. Sila JANGAN BUAT BANYAK-BANYAK. Sebab kalau tengok, bukannya buat apa-apa pun kan? So, tak payahlah. Okay, terima kasih. (:

Monday, October 4, 2010

XM XM XM !!!!!

Assalamualaikum .wrb.

Peperiksaan hanya tinggal 2minggu sahaja lagi. Kepada pelajar-pelajar tingkatan3, semoga berjaya dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada 5Oktober. Kepada pelajar-pelajar lain, diharap dapat berdoa bersama agar calon-calon PMR berjaya dalam peperiksanaan PMR.

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2, dan 4, diharap dapat mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan Semester 2 akan bermula pada 19Oktober dimana akan berlangsung dalam 2minggu sahaja lagi dari sekarang. Semoga berjaya kepada semua calon peperiksaan. Kami batch15 mendoakan antum, antunna, dan nahnu supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

~AMEEN~

Sunday, September 12, 2010

Teenage

"Teenagers.. When they cant get what they wanted, they'll walk all over you."

Being teenager is quite challenging. We have to forbear to stay away from the wrong side of life.

My mom said that, "In the thirteenth and fourteenth, is the age of searching and finding the way of life"I could agree more!.

Because in this 'sweet fourteen' that is what they say,There's a lot of anticipations that attracted me and almost bring me into the wrong world or maybe Im already in it, I just sometimes didnt realise it.

With all the fashions, musics, cyberworld, and the other gender... if you know what I mean. Which I think it's not that courtesy for a girl to tell it out!.

Sometimes I feel like to have a relationship like my other friends. They all have their own guyfriend. I know it's fun to have one(OMG! what am i talking about!)

But, I have to be strong! I have to fight myself!. I have to Forbear!.

When I feel to start a conversation with a guy without any reason, quickly I say to myself,

"Afeqa, sabar...... istighfar istighfar. Ini salah! Allah murka!"

And now im started to practice what Ustaz Azmen taught us during the mukhayyam. He taught us a doa,
"Ya Allah, bantulah aku dalam melawan diriku sendiri"
This was what he said when he was facing difficulties as he was teenager.

Music... hmm, I love music. But Im trying to forbear from hearing bad songs. I remembered this one lyric from the outlandish's song called 'Look into my eyes'.

The lyric was
'Do you the let media deceive your mind, Is this the truth that nobody knows?'

This lyric has a good point!. Many of us been deceived by media. And most of teenagers are ruin because of the media. What kind of media? Let me tell you,
TV shows : AF, Mentor, American Idol, Glee and many others
Radio : Hits.fm, Fly.fm, Hot.fm. Instead, we hear IKIM.fm

Fashions, I can help it by proving from hadith and al-Quran

Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi yang telanjang yang condong pada maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."Riwayat Bukhari dan Muslim

"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman; hendaklah mereka dan menjaga kehormatan mereka..."An-Nur, ayat 31

"Barang siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-nasa'i dan Ibn Majah

Allah S.W.T berfirman dalam ayat An-Nur ayat 31 bermaksud:"........hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka...."

But why?! We still wear clothes, why we have to wear that one?! It's like wearing a tent! And it's hot and Im just not cool with that look!

Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"


"Pakaian Taqwa itu adalah sebaik perhiasan"


p/s: My english is terrible! Please do amend it! ^____^

Friday, August 27, 2010

Album 2 Islah


LINK (Facebook Page) :http://www.facebook.com/pages/2-Islah/154414284571130?v=photos&ref=ts

Thursday, August 26, 2010

1 nafsu , 9 nafsu

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka.

Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.
Rabi’ah bertanya:
“Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?”

Lantas Hasan Basri menjawab:
“Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.”

Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya:
"Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?”

Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Lelaki boleh jatuh kerana perempuan, tetapi kadangkala perempuan juga boleh jatuh kerana lelaki, tetapi itu bukan alasan kerana kita mempunyai 9 nafsu sedangkan Rabiatul boleh menjaganya.

"Dont judge a girl by her clothes!" (hehe, tukar. Smart? or Weird?)