Saturday, March 27, 2010

Ukhuwah Islamiah

Assalamualaikum.

Cakap fasal ukhuwah,ana dah perhatikan lama dah kat sekolah.Apa yang ana lihat batch kita nie berpecah,teutamanya banin.Yang lemah dipinggirkan maksudya,yang lemah dengan yang lemah dan yang kuat dengan yang kuat.Kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada firman Allah Taala yang bermaksud
"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara...."
Mungkin post anakali ini mengulagi peringatan daripada Hanif dalam postnya yang lalu,tapi tiada perubahan.Semuanya Tetap sama.Tidak mengapa kerana manusia mudah lupa.Selalu perlukan tazkirah dan peringatan.Itu semua lumrah manusia.Insyaallah sekarang ana tengah cuba rapatkan kembali uhkuwah yang semakin renggang.Sultan Slahuddin Al-Ayyubi menakluki Palestin dengat menyatukan semua Umat Islam sama ada dengan Penaklukan dan pujukan.Kesimpulannya,semuanya perlukan kesatuan dan ukhuwah yang rapat bagi kebangkitan Islam.

"Kita pelukan kekuatan dan pertolongan Allah tetapi Allah tidak perlukan kekuatan hamba-hambaNYA dalam menaikkan agamaNYA."

Saturday, March 20, 2010

mane banin??

ASSALAMUALAIKUM


satu soalan yg menarik yg hendak diajukan

mane BANIN dlm blog nie hah?

mcm blog banat je bende ni dah jadi

kalau tak blog ni tak bnyk postings dll

x meriah

x de kerjesame,xde semangat

tu jelah ana nak ckp,

assalamualaikum

ana harap banin dptt contribute jugak dlm blog ni

*my first posting at this blog,hah!

Thursday, March 18, 2010

take time

salam..

my 1st post,haha,


take time to love...
it is the secret of eternal youth!


take the time to laugh...
it is the music of the heart!


take time to cry...
it is the sign of a large heart!


take time to read...
it is the source of knowledge!


take the time to hear...
it is the power of intelligence!


take time to think...
it is the key of success!


take time to play...
it is the freshness of chilhood!


take time to dream...
it is the breath of happiness live!


because the time passes quickly and never returns!!!


happy road to life my friends!!!!!!!!!!

that all!



Yang Pergi Akan Kembali

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..

diambil daripada Hizbut Tahrir Malaysia.

Friday, March 12, 2010

cuti.

dah habis exam *yeay !
tengah nak bercuti . (:


mendoakan yang terbaik untuk Maryam Liyana Ahmad Termizi dan Muhammad Noor Waiz Md Kahar serta pendebat yang lain pada 12-14 Mac 2010 ini . Debat di Kolej Damansara Utama . *debat Bahasa Inggeris*

Thursday, March 11, 2010

tahniah


tahniah . GPK batch sebelas 2.24 .
tahniah kepada semua spm candidates yang lain . kerana telah buat yang terbaik .
tahniah again sebab dah pecahkan record sekolah . (:
tahun depan , 15ajyalun berPMR . buat yang terbaik .
membolehkan untuk pecahkan record macam dibuat mse UPSR . amiin ~

Wednesday, February 24, 2010

Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h
kami DNA 15


dipetik dari artikel iluvislam..