Wednesday, November 18, 2009

minta cadangan.


Salam (:

firstly , terima kasih kpd Sarah Syahirah kerana tlh bertungkus-lumus meng-edit blog nie. Sabar je la ea kak ? :DD itu pon krane rmai yg complain tntg blog nie. ini la , itu la , ini , itu. haish. kesian dia. okey , skrg kami tidak tahu nk ltk lagu ape. sbb nye , haritu ltk lagu Satu Suara rmai tk setuju. so , skrg kami nk minta cadangan dr semua warga Batch15. nk ltk lagu apee ? kalu ikut kami sihh , kami nk lagu Satu Suara. tp rmai yg complain itu ini, jd kami batalkn niat sajalaah. beri candangan anda ASAP. *As Soon As Possible. please (:

sokongan dan cadangan anda amat dihargai.
Terima Kasih (:

Tuesday, November 17, 2009

SPM (:



berjuanglah kalian demi HIDAYAH ,
juga demi ISLAM .
semoga kalian berjaya menduduki SPM dengan tenang, cermat dan tepat.
amiin . (:




Monday, November 16, 2009

link - link



bismillah

ingin menyebarkan beberapa perkara

sempena cuti ni kan x de org nak ingatkan kita
pasal apa2

biasanya masa nilah iman kita paling lemah sekali
sebab x de pengisian

jdi kalau nak pengisian tiap2 hari

lawatlah blog ni

http://ms.langitilahi.com

pengisian yg sgt menyentuh perasaan..
x caye bacelah...
memang terkena betul...


lagi satu ana nak memnyebarkan

blog 1 hidayah kita
yg terdiri dr semua batch dr 1 - 15
sape2 nak jd author blh kasi meil pd
akhi asyraf amin

http://kamihidayah.blogspot.com


lagi satu bukan nak sebarkan link ..
tp nak tegur sket manusi2 yg sering merungut2 pasal blog ni

1- minta maaf kalau x puas hati apa2
sebab kami ni manusia biasa

2- jadilah author kalau nak post tiap2 hari



* x mengetahui kenapa die ulang dua kali




Wednesday, October 28, 2009

Dia Datang Lagi



akhirnya dia datang lagi (suke hati nak bce care suke atau sedih)
tau kan siapa tetamu yg bakal menjenguk
yg kita jadi org yg teramat busy layan DIA je
dah lah lama seminggu

tapi dia akan balas setimpal dgn mcm mane kita layan dia
bersungguh kita layan die = bagus++ dia akan balas
bersahaja kita layan die= lemah T-T dia akan balas


so study3

" Usaha tanpa doa itu SOMBONG"
Doa tanpa usaha itu BOHONG




Sunday, October 4, 2009

good luck :)

.bismillahirrahmanirrahim.







eyh , good luck kt semua PMR candidates

doakan untuk mereka2 semua , boleh dapat 9 A .

chaaaiyokk !


|GOOD LUCK !|


Tuesday, September 15, 2009

1 hikmah sahaja..

salam~

utk 1 hikmah yg belum salin sinopsis 'bila retak kota melaka'

pada suatu petang, sebelum berbuka puasa, tun ali bertanya tentang tafsiran mimpinya kepada tun fatimah . menurutnya, dalm mimpi itu, dia hampir lemas di dalm sungai melaka. pada ketika itu, dia ternampak arwah nendanya melambai- lambai ke arahnya. tun fatimah menenangkan keadaan suaminya dan menasihatkannya supaya tidak terlalu memikirkkan hal itu. pada pagi hari raya, bendahara dan pembesar- pembesar lain menghadap sultan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. sebelum itu, bendahara menegur raja mendeliar kerana perbuatannya yg dianggap melanggar adat , iaitu mengucapkan selamat hari raya aidifitri kepada bendahara di dalm istana sebelum bendahara menghadap sultan. akibatnya, raja mendeliar berdendam kepada bendehara. raja mendeliar mendapat peluang yg baik utk membalas dendam apabila kitul menabur fitnah , kononnya bendahara hendak membunuh raja mendeliar melalui khoja hassan, raja mendeliar memberitahusultan tentang pakatan naina sura dan bendahara yg merancang untuk merampas kuasa daripada sultan. tanpa usul perisa, sultan mengenakan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga bendahara kecuali tu fatimah. baginda hanya menyedari perbuatannya itu apabila tun fatimah menceritakan peristiwa sebenar yg berlaku pada hari hukuman tersebut dijalankan. akibatnya, sultan menjahtukan hukuman bunuh kepada penghasut2 yg menfitnah bendahara.

dah habis...

Thursday, September 3, 2009

Kembalilah Wahai Lelakiku !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.


Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.



Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.



Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.



Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dahn kroninya,
Hingga sanggup membunuh.



Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,


Kembalilah Wahai Lelakiku !!

Pada kelakian mu,


Kami rindukan lelaki dulu,


Acuan madrasuh rasul.