Saturday, March 22, 2014

DIA--Husnudzhon

Le owner


Matanya berair sendiri. Dia menjeling ke wajah adiknya yang masih tersenyum dengan menampakkan gigi yang tersusun cantik. Bangga lah tu dapat kalahkan batch sebelum .  Kalau abah dengan ummi ada , mesti diorang lah paling seronok. Hujung mata dilap perlahan cepat-cepat , takut andai adiknya akan perasan.

Kakinya melangkah menemui ustazah Seri yang sedang sibuk menguruskan slip peperiksaan anak-anak muridnya. Jelas riak gembira pada wajah guru Pk Akademik sekolah itu . Ahmad menjarakkan diri dari manusia-manusia tdi, membiarkan Keenah pergi sendiri .

“Nama kamu siapa?” Ustazah Seri bertanya lembut.

“Nur Sakeenah .” Keenah  membalas lembut , dengan senyuman terlebih gula. Tangan Ustazah Seri mencari slip keputusan Keenah. Diserahkan serta-merta bila dia melihat slip keputusan tersebut.

“Tahniah atas usaha enti.” Keluar kata-kata tahniah dari mulut ustzah kecil itu .  Tangan gurunya itu disalam lembut . Slip tadi diambil . Dia terus mengucapkan terima kasih. Matanya liar mencari kelibat abangnya. Dia berjalan  mendekati lelaki itu. Dihulur slip keputusannya. Mata Ahmad dan matanya seakan berbicara . Berapa?

Tak tengok lagi. Tengokkan?!

Banyaklah , tengoklah sendiri.

Alaaaa. Takut. Tengokkan lah.

Ahmad mengalah. slip adiknya diambil. Keenah memandang riak wajah abangnya. Ahmad hanya mengangguk beberapa kali. Janggut sejemput diurut perlahan. Poyo!

Air liur ditelan beberapa kali . Tak gempak ke result dia? Keenah bertanya didalam hati.

Ahmad pandang muka Keenah macam tak ada perasaan. “Tahniah . Keenah dapat 7A”

Keenah tersentak. Blur . Tiba-tiba otak tak dapat nak menghadam apa yang cuba Ahmad sampaikan . Dengan muka batu macam tu. Keenah pandang abangnya. “ Tipu.” Terkeluar satu perkataan itu dari mulutnya.

“Tak percaya sudah . Tengok lah sendiri.” Ahmad pusingkan slip ke arah Keenah. Matanya meniti setiap baris . Senyumannya semakin kelihatan. Matanya berair. Jarinya mengelap pipi yang tak henti-henti mengalir air mata , beberapa kali . Walapun tak ada lah semua A plus tapi dia cukup bahagia. Dia memeluk Ahmad. Lama. “Ummi dengan Abah mesti bangga gila dengan Keenah. Diorang mesti bahagia tau.” Ahmad mengusap kepala Keenah.


Makin lebat air matanya mengalir . Pelukan tadi dilepaskan. “If Ummi dengan Abah is still here , I would be the happiest person to let them see this and see them smile widely. Anak dia yang dulu result tak bagus , naik pentas pun jarang nauzubillah, dah Berjaya dapat A banyak ni .” Seluruh wajahnya dilap. Dia sengih pada Ahmad di sebelah. If they ‘re still here. If .

Moga Allah Redha dengan semua usaha,
Result aku pun [ sengih , mata masuk habuk] bolehlah buat simpan sensorang .

kata cliche , Allah knows best . 
Husnudzhon dengan dia , sebab dia sedang susun sesuatu untuk kau, kita aku dan mereka .

Yang masih tak bangkit sebab result buat simpan sensorang macam aku, Mohon bangkit , sebab Ummah yang tengah tenat memerlukan kita yang faham . Ulangan, Mereka memerlukan kita-kita yang FAHAM.

Semoga Allah gagahkan kita semua . 
*Golek dari keputus asaan dan mulai mengisi segala borang yang ada. Heh



Monday, August 5, 2013

Sahabat. Fillah . Lillah .



Haneef duduk dekat tangga. Quran dibuka. Bacaan yang tergendala disambung . Tiba-tiba , Bala yang datang entah dari mana menghentak kepala . Quran terlepas dari tangan . Kepala dah berpusing semacam . Tangan Reflek ambil quran yang dah melayang dulu . Dicium beberapa kali . Mata berkelip-kelip . Bola sepak bergolek dekat depan mata . Kabur . 
"Err. . . Sorry . Okey tak ?" Tuan empunya kaki dihadapannya bertanya .
"Okey , kot ." Kepala digosok . Sakit wuuu . Kepala diangkat bila , pedih dah hilang . 
"Laaa . . . Haneef ke ? Aku ingat mamat mana tadi laa ." Badlee Sengih . "Sorry , bro . Tak sengaja."
"Kau ni , Bad . Tau lah pemain sekolah . Takkan kepala aku pun kau nak aim jadi kotak penalty kot." Haneef dah mula bebel.
"Ke situ pulak dah . Gila apa aku target kau kotak penalty ." Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Haneef . Bola dibaling ke padang semula . "Main dulu woi." Badlee jerit pada budak taman yang tengah tunggu bola .
"Lama tak nampak kau . Sihat ?" Badlee senyum . Tanya khabar .
"Sihat je . Kau ? Iman kau sihat ?" Quran dizip . 
"Alhamdulillah. Last time aku cek , Jantung aku okey . Iman aku insya-Allah makin meningkat. Jumpa kau , lagi meningkat ." Badlee sengih . 
"Banyak lah kau . Hahaha . Aku dengar . . . kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi dah ."
"Kau . Tahu ?" Badlee pandang Haneef . Pelik  .
"Allah bagitau aku." Haneef buat muka selamba.
"Dah tak ada apa-apa. Aku rasa aku kena stop ." 
"Bila kau stop ?" 
"Sehari sebelum Ramadhan . Aku nak berubah . Aku dah jauh sangat dari Dia , Neef . Kau tau ? tapi kau tak pernah mention pun. Asal?"
"Sebab aku tau , kau akan sedar jugak ." Haneef pandang langit.
"Kalau aku tak sedar ?"
"Aku akan sedarkan. Aku dah lama kawan dengan kau . Sejak lima tahun kut. Masuk tadik Pasti sama-sama. Aku cukup kenal kau , kalau aku tegur pasal bab hati . Mana kau nak makan . Nanti aku jugak yang kena baham." Haneef senyum  . 
" Aku tak cakap apa-apa tapi doa aku supaya kau berubah , tak pernah aku lepas. Tak pernah aku lupa nama kau dalam tahajud aku . Sebab kau kawan aku . Lillah. Fillah." Haneef pandang Badlee.
"Kau ni . Suka buat aku jadi perempuan dohh." Badlee dah lap mata dengan tangan. 
Laaaa . . . Nangis .
"Sekali-sekala ." Bahu Badlee dipeluk . "Kau nak berubah . Insya-Allah aku ada tolong kau." 
"Syukran Jiddan , Haneef . Kau kawan aku dunia akhirat ." Bahu Haneef diraih juga.


Berubah tak mudah.
Sebab tu pentingnya Sahabat Fillah disisi sentiasa . 



Sunday, June 30, 2013

Saturday, June 15, 2013

Sebuah Deck Picisan

p/s : Entri tak ada kaitan dengan yang masih hidup di dunia ini atau yang sudah pergi meninngalkan dunia.



Matanya memandang setiap apa yang melintasi pandangan mata . Terkadang bibir tersenyum tanpa dipaksa . Melihat pelbagai ragam manusia dihadapan . Headphone yang tersangkut dileher dibawa ke telinga . Dibetulkan kedudukannya . Lagu Boyfriend dah berganti dengan Daylight - Chester See. Sekali lagi dia mengukir sengih lebar . Matanya turun menyambung bacaan yang terhenti tadi . Novel Versus diselak . Matanya berhenti meniti setiap bait huruf pada novel tatkala mengesan satu bunyi yang sangat dia kenali. Mata beralih dari Novel diriba ke bahagian hadapan . Kelihatan seorang lelaki sedang membuat aksi kickflip. Dia terpegun sendiri . Dah lama tak tengok orang skate . Rindunyaaaaa! Rindunya arwah abang ! Hatinya berbisik perlahan. Tanpa sedar , kisah lama tersungkap satu persatu. 


Imbas.

Peluh didahi dilap perlahan dengan tuala kecil pemberian si abang . Terasa bahu disentuh dari belakang . Automatik kepalanya berpusing melihat si dia di belakang .
"Penat ?" Lelaki itu menegur  .
"Sangat kut." Air mineral ditarik keluar dari beg sandang dihujung kaki . Bismillah . Diteguk perlahan menuruni tekak yang terasa kering .
"Okay kan , skate malam?" Ahmad bertanya . Deck dibawa ke riba . Tangan membersihkan Deck tanpa disuruh.
"Okaylah , not bad . Abang , why Keenah tak boleh skate pagi , or petang ?"
"Sebab tak manis untuk orang perempuan macam awak skate and hang dengan budak-budak lelaki pagi , petang . Lagi-lagi awak tu bertudung labuh ." Ahmad mengusap kepala Keenah perlahan.
"Tapi , kan ada abang . Salah eh ?" Keenah ikut sama meriba deck .
"Tak . Tak salah . Cuma tak manis . Keenah, buat aksi - aksi berbahaya dan sangat dahsyat , in front of the guys , tak manis . Untuk seorang muslimah. Sebab tu abang prefer kita skate malam , abang temankan keenah , tak ada siapa ."
"Ouhhhhh . The other day , ada kawan keenah tanya apa yang keenah dapat from skating ni ."
"Then , you jawab apa ?" Si abang baring memandang langit .
"Keenah cakap that skate buat keenah kuat . Everytime keenah jatuh waktu mula-mula skate buat keenah semakin kuat untuk bangun balik dan terus skate lagi . Sampai sekarang keenah dah kurang jatuh . and i'm so proud of myself. Hahaha." Dia ketawa memandang abangnya.
"Skateboarding aint a crime . Skateboarding . Certain orang je yang akan boleh tahan dengan  hidup as a skaters . Tak nak jatuh , jangan masuk life as a skater ni , sebab risiko dia memang akan kena jatuh. Sama macam hidup . Awak nak terus jalan tegak je . Tak tergolek , terjatuh , terlentang . Go die . Tak akan ada orang yang macam tu . Perjalan hidup kita sama macam we as a skater , jatuh itu perlu dan ia menguatkan. Lawan apa je yang datang dalam hidup ni . Nak jatuh pun biarkan . Bukan hidup lah namanya kalau tak terjatuh."Ahmad sengih lepas bebel panjang lebar.
"Skateboarding aint a crime huh ? Hlovate." Keenah sengih .
"Aint a crime . Malah boleh ambil ibrah yang sangat banyak dari sebuah deck picisan ini . Dont judge a deck by its cover huh ? " Ketawa mereka dua beradik pecah ditengah sunyinya malam.
"Dah , jom balik . Ummi marah nanti lama-lama sangat."Ahmad sudah berdiri mengulurkan tangan pada adiknya.
"Thank you abang. For the tazkirah pasal sebuah Deck." Keenah ketawa . Tangan abangnya disambut untuk berdiri . Deck dibimbit ditangan .
"No biggie , sis ."

Kini

Sengih tak berhenti dari tadi . Lamunannya terhenti bila terlihat si lelaki tadi sudah berehat dibangku dihadapannya . Dia senyum . Skateboarding Aint a Crime. dan ia suatu seni yang mengajar seorang skater tentang kehidupan.

Ibrah or pengajaran , kita boleh kutip dekat mana-mana even pada sebuah deck buruk sekalipun . Take it or leave it . Awak cuba cari ibrah dia atau awak tak ambil langsung ibrah from it , itu pilihan awak.
May Allah Bless us . Senyum . Aman.

p/s : Entri tak ada kaitan dengan yang masih hidup di dunia ini atau yang sudah pergi meninngalkan dunia.

Thursday, January 24, 2013

Janji Dalam Kenangan :)




kau datang , kau pergi ,
tapi , kini kau meninggalkan kenangan ,
kenangan yang tak mungkin hanya dalam ingatan ,
tapi , kenangan dalam kehidupan ,

semalam ,
berjanji setia ,
menegakkan panji di mata dunia ,
meninggikan martabat wanita Islam di puncak semesta ,

semalam , kita bersama ,
mengerah keringat ,
mengharungi lautan ,
bersatu hati ,
menggenggam janji ,

namun kini ,
kita telah ditakdirkan ,
berpisah untuk sementara :'/
seandainya ini yang terbaik ,
telah ku rela demi yang Maha Adil ,

jika satu hari nanti kita ditakdirkan bertemu kembali ,
hati ini sentiase berharap kau membawa Panji itu :')

Monday, December 17, 2012

PENGUMUMAN !


bismillah.
Assalamualaikum.


PENGUMUMAN !

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 5 2013 MENGIKUT KELAS : click here

&

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 2013 : click here









Tuesday, November 27, 2012

1000 JIWA 1 HATI


in the name of Allah..
DIJEMPUT DNA 15 
ramai-ramai join program ni.
memang best .

nak cerita sikit pengalaman..

mula-mula sampai..tgk
WAHHH.RAMAINYA ORANG..
1000 tu..
daftar ikut umur dan dibahagikan pada bbrapa kumpulan.
ahli kumpulan boleh pilih sendiri.. ^^



then.siap-siap untuk majlis perasmian..





lepastu balik masjid.solat maghrib ada tazkirah darpd IMAM MUDA :)


malam tu..yang paling best dan semangat !
sebab ramai sangat orang dalam auditorium and  
dapat jumpa dgn ramai artis-artis yg kita biasa tgk dlm TV dekat depan mata :D 





lepas countdown tahun baru..
rasa macam ada SEMANGAT BARU 
untuk jalani tahun baru dengan lebih baik..
anyway,we're going to face a lot of challenges next year
rigth ?


esoknya ada larian amal.
biasa-biasa je.
tak penat sangat pun..



 tahun lepas.ada seorang lelaki ni.
HEBAT !
beliau berjaya lari dari Masjid Negara hingga Tasik Titiwangsa..
dengan hanya sebelah kaki..



jadi..

Banin boleh PM NAMA PENUH & IC dekat Syafiq Khairudin
Banat boleh PM NAMA PENUH & IC dekat Fatihah Kamarudin

 JADI JOM RAMAI-RAMAI !


Friday, November 9, 2012

SELAMAT BERCUTI :)

In the name of Allah. Al Aziz.
Assalamualaikum.

tadi waktu cabut2 kertas dekat softboard tu...
ada nampak tak satu Nushrah yg dibuat khas oleh MT Batch 15..



Alhamdulillah.tamat sudah persekolahan kita untuk form 4 ni.
sekejap je kan ?  

Jadi, kami MT Batch G-XV.DNA 15.
ASYRAF.ZAID.HILMAN.IQBAL.FARAH.FATIHAH.LYANA.QURRATU.
mengucapkan
SELAMAT BERCUTI !!
HAPPY HOLIDAY !!

kekalkan segala kebaikan pada tahun ini.
dan buang segala kekurangan untuk tahun hadapan yang lebih baik.

kami berharap agar
seluruh ahli DNA 15



RECHARGE IMAN
UPGRADE AMAL
SPREAD THE GOOD WORDS
dan jangan lupa..
REVISE FORM 4 SUBJECTS
sepanjang cuti ini..
insyaAllah.
kami tinggalkan dengan satu kata-kata..

"musuh yang bijak lebih baik daripada kawan yang jahil" 
pilihlah kawan yang baik..jaga pergaulan..



terima kasih.



Tuesday, November 6, 2012

BE PROUD OF WHAT YOU ARE

In the name of Allah,the most greatest..
Assalamualaikum.Peace be upon you.

       Lovely Friends,

and you know that..


but the biggest problem is..


so..never..

bieng a good..DREAMER. think far,dream big :)


have faith in Allah


REMEMBER!


then? what are you waiting for ?
you know what ? you're....


so..


and..


                                            
                                         sincerely,

                                                       ME :)

Tuesday, October 2, 2012

Angkat jemuran sebelum hujan melimpah :)

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



 Dan sebelum kaki berlari seribu langkah menuju ke katil dan melompat dengan gaya katak yang menyertai acara lompat paling bersetail ke atas katil yang serba empuk seperti mashemelo dan bermimpi bakal suami yang serba soleh dan kacak bergaya , ingin rasanya jari jemari ciptaan Allah yang serba indah ini menulis dan menyampaikan sesuatu yang diharap berguna buat seluruh planet di alam buana ini . Heh ~


Kedepanan dan kebelakangan ini , seringkali saya terdengar kura-kura yang tidak baik tentang batch ini . Rasa tidak percaya , dan sedih juga mengenangkan insan yang berjauhan itu . Eh . Maaf ketersasulan ketajukan . Rasa tidak percaya dan sedih mengenangkan tentang beberapa hal sebenarnya . Tajuk berikut tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia . Juga tidak ada kena mengenanya dengan Ultramen daina atau Popai de seylermen . Maaf , diharap anda tidak akan kechiwa atau termuntah warna warni seperti pelangi . 







Sebenarnya mahu bercerita tentang Perubahan . 
Ya , Perubahan . bukan suatu yang mudah seperti membakar roti di toseter atau melukis orang lidi . Tetapi ia susah . Malah perih . Bila  kita nak berubah jadi lebih baik saja , pasti ujian Allah datang tanpa diundang masuk ke rumah kita . Eh . Tetapi ingatlah , berdoalah kepad Allah sentiasa pasti Dia akan membantu . Analogi seperti andai awak ingin memasak kek cokelat , dan anda bertanya cara-caranya pada sheif yang terer tentang kek cokelat dan sangat menggemari kek cokelat , pasti dia akan membantu anda kan . Begitu juga , andai anda ingin  berubah , doa saja pada Dia , Insya-ALLAH , Allah , pasti akan bantu anda  . Berdoalah selalu , kerana Allah sangat suka pada hambanya yang sentiasa memohon pertolongan dan berdoa daripadanya. 



Dulu , ya , dulu . Ada juga saya terfikir nak berubah . tapi seringkali , terjatuh dan malas nak bangun . teruskan je berjalan sambil mengesot-ngesot seperti suster ngesot tanpa usaha untuk bangun kembali dan meneruskan jalan perjuangan yang penuh mehnah ini . Tapi sekarang ini , bila dah betul-2 rasa nak berubah itu , dan terus berdoa , mungkin berkat doa dari dulu lagi  juga dari insan-insan lain . Allah bantu juga , pimpin tangan saya . rasa mudah sikit , ringan sedikit . Alhamdulillah . Berkat juga dari buku  Hlovate - Contengan Jalanan dan Versus . Alhamdulillah Contengan Jalanan baca buat kali ketiga , Allah sampaikan hidayah di situ . Juga Versus , yang dah baca lebih sepuluh kali baru Allah bagi hidayah . Sungguh , hidayah tu datang bila-2 je . Dan betul juga , Hati tu ALLAH yg pegang . 

Jadi , mungkin mulanya rasa giga susah nak berubah tu kan . Tapi , teruskan saja berdoa . Suatu hari , Ya . Suatu hari , pasti Allah akan mudahkan juga . Satu je kerja awak , berusaha dan jangan berhenti berdoa . Andai awak tersungkur tersembam muka ke lumpur yag berbau hanyir , tinggalkan saja dan teruskanlah perjalanan . Tapi sebelum tu mandi bersih-bersih dulu ye , nanti tak pasal-pasal kena halau dengan tok guru. Wahai.

pesan saya buat semua , terasa nak berubah ?
JANGAN tunggu , takut nanti Allah tarik nikmat nak berubah , dan Tarik nyawa kita sebelum nak bertaubat . Nauzubillah .
The Man who decided to changed on the 12th hours dies on the 11th . - HlovatesaysContenganjalanan-
Wahai sahabat sekalian , jangan biarkan kawan-kawan awak yang lemah jatuh tersungkur macam kerang busuk , tolonglah mereka ya. Kata sahabat sampai ke Surga , kata "nanti kalau awak masuk Surga tarik kita sekali ek , wak . Jangan biarkan kita terpele'ot atau tergolek dalan neraka ya."  Jadi , Bantulah ye . Nak menangis rasanya terdengar tentang beberapa hal itu dari mulut seorang sahabat semalam . Sedih rasanya , melihat rapuhnya sahabat batch kita mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling . Jadi , sama-sama kita bantu Ya.

Jadi , JOM! berubah jadi lebih baik dan bantu ubah orang jadi lebih baik , biar kita sama-sama berlari - lari itik menuju ke SORGA yang serba OHSEM dan HEYBAT , HEYY! . Insya-Allah keep praying , Allah will help you , and guide you. Ameen :)

 May Allah bless us here and hereafter .
Assalamualaikum.  Heee ^^
Ana UhibbukumFillah 15AJYALUN :)


Tuesday, August 21, 2012

JoM CoNsTanT :)

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim...




Bismillah. Pemula segala bicara. Pembuka segala kata. Rasa syukur dipanjkat kepada-Nya atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Iman dan Islam. 2 item, elemen pelengkap jiwa. Selawat serta salam buat Utusan Langit Terakhir, Muhammad S.A.W serta para sahabat yang telah bermandi keringat, menyiram darah mereka untuk menyuburkan pohon-pohon dakwah. serta orang-oarang soleh dan du'at yang dimuliakan Ilahi di atas muka bumi.

ISTIQAMAH...???

Satu tajuk yang hangat untuk diperkatakan dan diperbahaskan. Tetapi bukan itu matlamat kita. Berbahas dan berbahas. Hati 'STILL' zero. Jadi kalau kita fikirkan ini satu peringatan dari Rabb kepada hamba ciptaan-Nya, Insya'Allah hati ini akan terbuka menerima dalam usaha menuju Jannah-Nya. Ramadhan bermula satu perubahan.

 

RAMADHAN
Objektif: TAQWA
Waadah: TUBUH LAPAR NAFSU DAHAGA.



Tahukah Kita? Do Us Know? Hal Nahnu na'lam???
Disebalik Ramadhan....
War of BADAR pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Kali pertama mereka berpuasa, menahan lapar dahaga. Berjihad, mengangkat pedang dan menimang tombak di bawah terik mentari menjadi ujian Ilahi buat generasi awal Dakwah ini. Tak hairan kalau mereka nak apa yang mereka matlamatkan. Perjalanan sejauh 99 KM menjadi saksi keimanan yang dipaksikan di hati mereka. Ternyata tarbiyyah-Nya kepada Ruh generasi awal membawa Islam sampai kepada kita. Itulah puasa pertama dan peperangan pertama yang menjadi SPRING untuk menyebarkan dakwah Agama Langit. Hakikatnya apa yang mereka perolehi di bulan ramadhan menjadi tunjang jihad dan amal mereka di bulan-bulan lain.




Jom kita sama-sama ISTIQAMAH :)
di bulan SYAWAL NI....

Puasa 6
Infaq walaupun senyum. x perlu berbicara apa2
Dhuha atau (D'Ware)
Qiamullail
Pray @ Masjid in Jamaah
Ziarah / berukhuwwah fillah
Tilawah + Tadabbur Kitab Langit

MISS U RAMADHAN
RAMADHAN SATU ANJAKAN AMAL DI SYAWAL


Thursday, May 31, 2012

Our Journey 2012


(x simpan pulaa videocomel si kotak ni)

Bismillah 
In The Name Of  Ar- Rahim

now i'am telling you about the journey.
not mine, or yours or them.
but this is OUR journey.

antum datang atau tidak, perjalanannya membawa roh KITA bersaama sebagai DNA 15.
bukan sendirian berhad punya. 

on the first step,
semasa kita disuruh membawa 500 g coklat? [coklat mukhyyam x habis mkn lgi ni --']
tidak boleh bawa TUNA?
tak boleh bawak jem, dan nutella?

"macam mana nak hidup kat sana ni????? "
"aaaaa mati kelaparan lah kiteee !!" 
"ape seeeeyh,  sume bendaaa tak boleh bawak!" [baca gaya banin]


gambaran gambaran ultraungu yang diserakkan oleh U.Sakeenah sebelum mukhyaam bermula.
debaran semakin terasa. 

 and the journey is begins.

hamdalah, permulaan walaupun sedikit hambar,

membuktikan kehebatan dan ketabahan sang rijal,
berkemah di tempat yang jauh, gelap, seram,  x de lampu langsung tuu~~
tiada keluhan pun. :)

dan kesyukuran banat yang terlebih nikmat pulaa dekat camp site. --'


kehebatan mereka lagi?
selalu je kumpul dulu sebelum banat kumpul. padahal depa lagi jauh dari tempat kumpul.
hebat lagi?
mereka lebih selalu kena denda kerana menghadapi fasi-fasi berjiwa pendidik [ : D]


hebat KAMI pula?
malam pertam : tidur 2.30am - 3.45am
malam kedua : tidur 1.00am - 2.00am

"kami ingin melatih pelajar untuk kurang tidur, biar mereka berwaspada sentiasa"
-ustazazmen-

tapi sedaap semua tidur pantang ada masa senggang!

kurang tidur bukan alasan
untuk kami bermalasan
untuk menjauhkan diri dari peperangan
kerana kami berjiwa sang pengaman


time nak feeling,
saya suka!


nyanyian lagu KRS di tengah hutan belantara
laungan takbir yang bergema
saling menguatkan di atas gunung [bukit]
memahami dan membantu yang kurang kuat


"ana melihat ada satu kekuatan yang sangat hebat pada batch antum, yang antum
perlu jaga dan kekalkan sampai antum F5 dan keluar dari sekolah. iaitu kekuatan ukhuwah"
-akhuna Syafiq Yusof-


Mavi Marmara Vs Muslimah United


"ia bukan semangat ingin saling menjatuhkan tapi ia adalah semangat untuk menjatuhkan zionis dalam apa cara sekalipun, dan di akhir permainan apabila zionis sudah ditewaskan baru antum sedar dari alam nyata ia adalah kawan antunna , dan akhirnya antunna berlapang dada antara satu sama lain"
-Ustazah Hajar Basiran-


"please no hard feeling"


"bilamana muslimah bersatu dan kita berlapang dada, barulah kita layak untuk menjadi 
ahli mavi marmara untuk menentang zionis laknatullah"


versi peperangan banin WallahuA'lam.


Rantaian ke Syurga .
dibarasi para pemuda
kerana kami ibarat satu bahtera
yang gagah ingin bergelar syuhada

"nti ok tak nak lalu ni?

"eh awak tinggi, jaga dia rendah tu "

"sapa jaga G?'"

"Ya ALLAH , seram aku tengok budak2 kecil ni lah kang tenggelam gak"

ini ukhuwah. dan saya hanya tersenyuuuuuuuuum sampai terkoyak mulut.
suka melihat saling caring, saling menyelamatkan saling merisaukan saling mengambil berat.
sampai perasaan takut itu hilang kerana saya tahu apapun yang terjadi kami ada ramai untuk membantu.

this is how DNA make a move to form an ukhuwah.


and this is for her and him 
 To make a chemical Bond 

banin = cepat
banat = 10 minit
dendaan nak asing ke satu batch?
"satu batch!!"

banin lebih 30 saat
banat ok.
dendaan nak asing ke satu batch?
"satu batch!!"

api terpadam di tengah hutan di malam gelap gelita.
"banin , nak api sikit?"
"nah."

jantina bukan penghadang
tapi peluang
untuk bersama berperang
kerana sang rijal ibarat pejuang 
 yang nisaaa' ibarat tulang belakang 


it's actually, kita seriously,
saling memerlukan antara satu sama lain. 
not banat banat je bagus kutuk kutuk banin.. 
banin. banin je bagus biarkan banat terkontang kanting kat belakang.

DNA 15 . bukan untuk banat sahaja. it's OURs.

bila mana kita bersatu. saling membantu. 
bila datang masalah bukan semuanya membatu.
kita sangat perlu untuk bahu membahu. 
masalah nya sekarang dua dua malu untuk minta dibantu.

tak salah banin buat aturan barisan sambil pas2 beg banat masa kat sungai tu,
tak salah banat supply torchlight bebanyak dengan bekalan air kat banin masa kat camp site.

duadua bermasalah, tapi dua dua tak MINTA dibantu. 
bila duadua rasa saling memerlukan.
that's how the covalent compound will work to make an octet.




and last but not least.
kami terima seadanya banin dan harapanya yang supaya banin juga menerima banat seadanya.

hari terakhir kenangan terindah, sebelum pulang kita didenda.
bukan salah sesiapa
tapi salah kita semua. semua. semua. semua.

ambil yaang baik buang yang buruk.
terangkan hati buang yang busuk
akhir sekali syabas nya untuk



kadet terbaik
Sarjan Syafiq Khairuddin
dan
Lans Koperal Ajda Nuha Ahmad Daniel



dan kumpulan yang berjaya menggunggguli 

kalah bukan kalah selamanya
-ustazazmenyusof-


[tahu sesuatu, ana bukan nak lambung2 kan batch ni.
but, sometimes masa semua orang asik attack kelemahan kita,
kita selalu terbawa bawa pasal kelemahan dan lupa untuk revise kelebihan kita
and this is a reminder]


and this is US.
Cover photo




tahniah semua penggerak Hari Guru 2012

Saturday, March 17, 2012

Sharing is Caring :)


Assalamualaikum and Hey there Earthlings :)

Jari jemari terasa gatal saat menerima Email dan password blog batch ini . Terasa ingin berkongsi sesuatu untuk santapan "makan malam" kita semua . Fikir-punya-fikir-punya-fikir , dan tercetuslah
idea kurang berlemak dari Akal ciptaan tuhan ini . [ tiba-tiba teringat
PQS , adab berfikir . ]

Kisah yang dipetik dari perjalanan hidup seorang anak gadis muslim , umurnya sama seperti kita . ENAMBELAS tahun untuk tahun DUARIBUDUABELAS ini . Bermulalah kisahnya Begini ,

Ini cerita hidup aku ,
Kisah ini berlaku lama dahulu . Ketika aku masih belum benar-benar mengenal apa itu membaca dan mengira . Ketika umurku belum mencecah ke-Angka dua . Ketika aku 5 tahun . Ya , kisah ini bermula ketika itu .
Keluargaku menghantarku ke sekolah berAsrama . Ya , Asrama . mungkin ada yang tidak mempercayai , tapi itulah hakikatnya . Pastinya aku menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan patung Barbienya , tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapaku . Belajar berdikari kata orang .


Sudah menjadi kebiasaan sebelum masuk waktu maghrib kami akan berzikir . Masih ku ingat satu zikir yang akan membuatkan aku menangis ketika terdengar zikir itu . Selepas selesai menunaikan Solat Maghrib berjemaah , aku terus keluar menuju ke sebuah kelas . Aku menangis semahu-mahunya di dalam kelas itu . Ketika itulah seorang insan telah hadir menukar duka ini kepada Suka . [ AyatPOYO]

Insan Istimewa : Adik , kenapa nangis ni.
Saya : Teringat ummi dengan Abah .

Kalau anda nampak budak menangis anda akan buat apa ? Bagi gula-gula , Lollipop , Coklat coki-coki ?
Oh , tapi bagi insan ini , [ mungkin kerana tiada semua itu ] dia melemparkan Ulat-Gonggok-badan-belang-kuning-hitam pada saya . [ada ke patut?!]

Saya : ARGHHHHH!
Insan Istimewa : HaHaHaHA
Saya : HaHaHaHaHa . Jahatlah abang ni .
Insan I : Dah lah tu nangis , kalau sedih kan pengubat dia Al-quran , Abang ajar baca surah Al-mulk nak tak?
Saya : Okey . sambil kenyit mata sebelah .
Insan I : Abang baca dulu tau . nanti adik ikut.

Sekali si Insan itu mula mengalunkan Love letters-NYA itu , bagai mahu luluh jantung saya . Sungguh , sungguh , sungguh merdu suaranya .Kalah Mawi .

.. SKIP unImportant Part ..
Ketika Aku ini meningkat dewasa [ tak dewasa sangatlah] Berumur 9 tahun . Dah besar rupanya dia.

Kawan *Aku : Kenapa kau rapat sangat pastu macam suke sangat hah dekat abang [ ] tu ? Kalau hensem macam Abang Hafiz tak apalah jugak .
*Aku: Eh , suke hati ceklah nak suka , nak rapat dengan dia , Hang sebok napa . Tak baiklah kata dia macam tu .HangPa tak tau Abang [ ] tu macam mana , tak payah banyak katalah . Cek *Ghasalah [ Rasalah ] Abang Hafiz tu takat Hensem buat pa , Seburuk-buruk Abang [ ] yang korang pikiak [ fikir ] , suara dia sedap, HAFIZ pulak tu .
..Senyap terus..

Yes , No one knows betapa sedapnya suara Insan itu . Kerana dia sangatlah merendah diri . Budak perempuan tak pernah dengar dia mengaji kuat-2 . Kawan laki dia je tah betapa merdunya suara insan itu . Perwatakan Lelaki itu pula bagaimana ? Ya , Hidung tak mancung , muka bersih tanpa Jerawat batu , Jeragat dan sebagainya . Kulit hitam manis . Suka pakai Kopiah raihan . Kerana kegelapan warna kulitnya mungkin , orang memandang rendah padanya . Tapi Hafazan dia, jangan cakaplah , Rasanya dah Hafiz kot waktu dia F1 .

Yepp , Aku cukup bangga dapat mengenali si dia yang istimewa itu . Kerana dia aku suka GIGAA dengan Love Letter-NYA . THE END

Moral of thee Annoying , weird , Tergantung cerita ini ialah :
Seriously , don't judge a BOOK by its Cover , Even banyak habuk sekalipun cover buku tu , tak semestinya isi dia Bosan GIGA . Am i Right ?
Also , Don't Jugde a Guy 'cuz its face . <--- Ayat abang saya ;)
Yelah muka tak hensem , hidung tak mancung bak bibir si Angsa . Tapi Suara . PERGHH . Kemain sedap dia , kalau mawi . Hafiz pulak tu . [ Diambil daripada cerita ya ]

We aint Perfect , Please people , STOP Judging other people , 'cuz We AINT PERFECT !
"Kalau kau rasa kau Tuhan , barulah kau berhak nak men'Judge' Orang . Sebab hanya DIA je yang Perfect "

Cuma Friendly Advice SAHAJA .
Assalamualaikum and Bye People ,
May Allah Bless .
We Aint Perfect . I'm not Perfect . Sorry :)