Sunday, January 31, 2010

Fadhilat Solat Di Saf Pertama



-Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti saf malaikat.Orang yang memenuhi saf paling depan seperti para malaikat yang menjaga kesempurnaan saf dan saf para malaikat adalah hampir dengan Allah Taala.

-Allah sentiasa bertazkiah iaitu penyucian terhadap dosa-dosa dan para malaikat sntiasa berdoa dan memohon keampunan untuk mereka yang memenuhi saf hadapan.

-Rasulullah memohon keampunan bagi mereka di saf pertama sebanyak tiga kali.

Sunday, January 24, 2010

terbaru !

Bismillahirrahmanirrahim

Perhatian kepada semua pelajar SMIH,
Antum semua diminta untuk menghormati tempoh hari berkabung bersempena kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Sejajar dengan hal tersebut, bermula pada hari Isnin, 25 Januari 2010 sehingga hari Jumaat, 29 Januari 2010, Antum semua dikehendaki untuk :

1) Bagi pelajar banin, antum semua diwajibkan memakai songkok berlilit putih dan baju uniform sekolah seperti biasa.

2) Bagi pelajar banat, antunna semua diwajibkan memakai tudung putih dan berlilit putih di pergelangan tangan, walaupun antunna adalah qiyadah serta membaju uniform sekolah seperti biasa.

-Arahan Pengetua.

Sukan tara akan berlangsung seperti biasa, maka semua pelajar hendaklah memakai t-shirt sukan daripada rumah dan menukar baju uniform sekolah pada rehat pertama. Bukan rehat kedua.


Sekian,
Jazakumullahukhayrankathira.
Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010

perhatian!!!


kpd warga hidayah..
berkabunglah anda hingga 7 hari.. sempena kemangkatan
sultan iskandar
esok hingga jumaat sila pakai

bnn: - songkok lilit putih
banat :- tudung putih *termasuk kepimpinan .
-lilit putih di pegelangan tgn

*arahan dr ustzh kamaliah

Sunday, January 17, 2010

Latihan Debat.

.sebarsebarsebar.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perhatian kepada pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris,
latihan debat akan diadakan pada Isnin (18 Januari 2010) dari jam 4 sehingga jam 6 petang di kelas tingkatan 1.
Sila bawa buku log dan fail masing-masing.
Alumni BM yang akan datang: Abdullah Zubayr Aizaini
Alumni BI: Zatil Hidayah dan Nadiah Farhana



Bagi pendebat Bahasa Arab,
latihan akan diadakan pada hari Jumaat (22 Januari 2010) sehingga Sabtu (23 Januari 2010).
Latihan bermula pada jam 2.30 petang (Jumaat) sehingga 12.30 tengahari (Sabtu).
Anda semua dikehendaki untuk tidur di sekolah.
Surat rasmi akan dikeluarkan.
Alumni BA: Farah Farhana

Harap semua pendebat dapat memberi komitmen yang sebaiknya.
Semoga diganjari Allah, insyaAllah.


.lanjutan tentang LATIHAN DEBAT.

Saturday, January 16, 2010

Design Baju

Assalamualaikum. Since ada org nak baju utk batch ana buat skit design hood@hoodie. Maaf sbb buruk.Kalau ada cadangan sila bagi sbb ana tak ade idea sngt..


pencil parable


~mari kita banding banding bandingkan~


tgk dulu video kat web ni pastu teruskan membaca!


youtube+pencilparable


1) Kamu akan dipakai menjadi pensil terbaik, tetapi ketika kamu dipegang oleh tangan yang terbaik sahaja.



2) Kamu akan mengalami kesakitan selama proses penajaman dari waktu ke waktu, tetapi kamu perlu ditajamkan untuk dapat dipakai dengan baik


3) Kamu boleh memperbaiki kesalahan yang telah kamu buat.




4) Yang paling penting dari sebuah pensil adalah merupakan isinya dari pensil itu sendiri tidak
kira apa warna kamu.





5) Pada setiap permukaan yang kamu telah goreskan, kamu harus meninggalkan kesan dan jejak kamu disana.
Tidak kira bagaimana keadaan kamu, kamu harus tetap menulis.



Jadi, apa kenanya pensil dengan kita....???

Cuba antum kaitkan diri antum sebagai pensil dan Pencipta kita sebagai pembuat pensil.....
Kaitkan lima perkara di atas dengan hidup antum...

1) Kita akan digunakan dengan luar biasa dan disanjung jika kita menyerahkan seluruh hidup kita
kepada PENCIPTA KITA, dan biarkan diri kita terbuka untuk orang lain yang melihat
kelebihan dalam diri kita.

2) Kita akan mengalami kesakitan selama kita diberi ujian tetapi antum jangan risau kerana
antum akan menjadi lebih hebat setelah berjaya menempuh ujian yang diberikan.


3) Kita tidak perlu risau jika kita melakukan kesalahan kerana kita masih lagi boleh bertaubat
dan berusaha membetulkan kesilapan yang lalu.


4) Tidak kira apa warna kulit kita, apa jawatan kita, apa status kita, tapi yang penting ialah
QALBU kita kerana Allah s.w.t. tidak pernah melihat kecuali QALB kita.


5) Pada setiap kehidupan kita di dunia, tinggalkanlah tanda dan jasa kita di sesuatu tempat. Buat
kesan baik yang akan terukir di hati setiap orang.



~diambil dari blog batch 14 banin~

Friday, January 8, 2010

DNA 15

Ini ada design sikit untuk cadangan ana dan beberapa kawan untuk nama batch yang baru: DNA 15. Sila bagi pendapat ok ke tidak. Kalau tak setuju cakap tak setuju. Kalau nak design lain , buat request. InsyAllah ana akan buat...

Sunday, January 3, 2010

langkah tercipta.

Akhirnya, lagu tema untuk Batch 15 telah dipilih. Walaupun lagu ni tak termasuk dalam Undian. Tapi ramai mengundi lagu ni dekat Cbox. Mungkin ada yang tak setuju? MUNGKIN. Tapi bersetuju je lah demi kepuasan orang ramai, bukan demi kepuasan diri sendiri. Tak semestinya ape yang kita nak kat dunia ni boleh ditunaikan kan?



err, boleh tak kita samasama buat post banyakbanyak ?
tak kan nak cakap je bila blog ni nak update?
update la samasama.jangan harapkan orang lain.
jangan bagi alasan tak dapat jadi author lagi.
*again*
berikan alamat email untuk diivite menjadi author blog
ke alamat emel ni generasi15_smih@yahoo.com


Mari Kita Mencipta Langkah bersama (:

Saturday, January 2, 2010

berubah.

Waktu Persekolahan Sekolah Menengah Islam Hidayah Tahun 2010
  • Rabu : 7.45 pagi ~ 5.00 petang
  • Jumaat : 7.45 pagi ~ 2.30 petang
  • Hari-hari lain adalah seperti biasa : 7.45 pagi ~ 4.00 petang

|Lebihan|