Saturday, March 22, 2014

DIA--Husnudzhon

Le owner


Matanya berair sendiri. Dia menjeling ke wajah adiknya yang masih tersenyum dengan menampakkan gigi yang tersusun cantik. Bangga lah tu dapat kalahkan batch sebelum .  Kalau abah dengan ummi ada , mesti diorang lah paling seronok. Hujung mata dilap perlahan cepat-cepat , takut andai adiknya akan perasan.

Kakinya melangkah menemui ustazah Seri yang sedang sibuk menguruskan slip peperiksaan anak-anak muridnya. Jelas riak gembira pada wajah guru Pk Akademik sekolah itu . Ahmad menjarakkan diri dari manusia-manusia tdi, membiarkan Keenah pergi sendiri .

“Nama kamu siapa?” Ustazah Seri bertanya lembut.

“Nur Sakeenah .” Keenah  membalas lembut , dengan senyuman terlebih gula. Tangan Ustazah Seri mencari slip keputusan Keenah. Diserahkan serta-merta bila dia melihat slip keputusan tersebut.

“Tahniah atas usaha enti.” Keluar kata-kata tahniah dari mulut ustzah kecil itu .  Tangan gurunya itu disalam lembut . Slip tadi diambil . Dia terus mengucapkan terima kasih. Matanya liar mencari kelibat abangnya. Dia berjalan  mendekati lelaki itu. Dihulur slip keputusannya. Mata Ahmad dan matanya seakan berbicara . Berapa?

Tak tengok lagi. Tengokkan?!

Banyaklah , tengoklah sendiri.

Alaaaa. Takut. Tengokkan lah.

Ahmad mengalah. slip adiknya diambil. Keenah memandang riak wajah abangnya. Ahmad hanya mengangguk beberapa kali. Janggut sejemput diurut perlahan. Poyo!

Air liur ditelan beberapa kali . Tak gempak ke result dia? Keenah bertanya didalam hati.

Ahmad pandang muka Keenah macam tak ada perasaan. “Tahniah . Keenah dapat 7A”

Keenah tersentak. Blur . Tiba-tiba otak tak dapat nak menghadam apa yang cuba Ahmad sampaikan . Dengan muka batu macam tu. Keenah pandang abangnya. “ Tipu.” Terkeluar satu perkataan itu dari mulutnya.

“Tak percaya sudah . Tengok lah sendiri.” Ahmad pusingkan slip ke arah Keenah. Matanya meniti setiap baris . Senyumannya semakin kelihatan. Matanya berair. Jarinya mengelap pipi yang tak henti-henti mengalir air mata , beberapa kali . Walapun tak ada lah semua A plus tapi dia cukup bahagia. Dia memeluk Ahmad. Lama. “Ummi dengan Abah mesti bangga gila dengan Keenah. Diorang mesti bahagia tau.” Ahmad mengusap kepala Keenah.


Makin lebat air matanya mengalir . Pelukan tadi dilepaskan. “If Ummi dengan Abah is still here , I would be the happiest person to let them see this and see them smile widely. Anak dia yang dulu result tak bagus , naik pentas pun jarang nauzubillah, dah Berjaya dapat A banyak ni .” Seluruh wajahnya dilap. Dia sengih pada Ahmad di sebelah. If they ‘re still here. If .

Moga Allah Redha dengan semua usaha,
Result aku pun [ sengih , mata masuk habuk] bolehlah buat simpan sensorang .

kata cliche , Allah knows best . 
Husnudzhon dengan dia , sebab dia sedang susun sesuatu untuk kau, kita aku dan mereka .

Yang masih tak bangkit sebab result buat simpan sensorang macam aku, Mohon bangkit , sebab Ummah yang tengah tenat memerlukan kita yang faham . Ulangan, Mereka memerlukan kita-kita yang FAHAM.

Semoga Allah gagahkan kita semua . 
*Golek dari keputus asaan dan mulai mengisi segala borang yang ada. Heh



Monday, August 5, 2013

Sahabat. Fillah . Lillah .



Haneef duduk dekat tangga. Quran dibuka. Bacaan yang tergendala disambung . Tiba-tiba , Bala yang datang entah dari mana menghentak kepala . Quran terlepas dari tangan . Kepala dah berpusing semacam . Tangan Reflek ambil quran yang dah melayang dulu . Dicium beberapa kali . Mata berkelip-kelip . Bola sepak bergolek dekat depan mata . Kabur . 
"Err. . . Sorry . Okey tak ?" Tuan empunya kaki dihadapannya bertanya .
"Okey , kot ." Kepala digosok . Sakit wuuu . Kepala diangkat bila , pedih dah hilang . 
"Laaa . . . Haneef ke ? Aku ingat mamat mana tadi laa ." Badlee Sengih . "Sorry , bro . Tak sengaja."
"Kau ni , Bad . Tau lah pemain sekolah . Takkan kepala aku pun kau nak aim jadi kotak penalty kot." Haneef dah mula bebel.
"Ke situ pulak dah . Gila apa aku target kau kotak penalty ." Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Haneef . Bola dibaling ke padang semula . "Main dulu woi." Badlee jerit pada budak taman yang tengah tunggu bola .
"Lama tak nampak kau . Sihat ?" Badlee senyum . Tanya khabar .
"Sihat je . Kau ? Iman kau sihat ?" Quran dizip . 
"Alhamdulillah. Last time aku cek , Jantung aku okey . Iman aku insya-Allah makin meningkat. Jumpa kau , lagi meningkat ." Badlee sengih . 
"Banyak lah kau . Hahaha . Aku dengar . . . kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi dah ."
"Kau . Tahu ?" Badlee pandang Haneef . Pelik  .
"Allah bagitau aku." Haneef buat muka selamba.
"Dah tak ada apa-apa. Aku rasa aku kena stop ." 
"Bila kau stop ?" 
"Sehari sebelum Ramadhan . Aku nak berubah . Aku dah jauh sangat dari Dia , Neef . Kau tau ? tapi kau tak pernah mention pun. Asal?"
"Sebab aku tau , kau akan sedar jugak ." Haneef pandang langit.
"Kalau aku tak sedar ?"
"Aku akan sedarkan. Aku dah lama kawan dengan kau . Sejak lima tahun kut. Masuk tadik Pasti sama-sama. Aku cukup kenal kau , kalau aku tegur pasal bab hati . Mana kau nak makan . Nanti aku jugak yang kena baham." Haneef senyum  . 
" Aku tak cakap apa-apa tapi doa aku supaya kau berubah , tak pernah aku lepas. Tak pernah aku lupa nama kau dalam tahajud aku . Sebab kau kawan aku . Lillah. Fillah." Haneef pandang Badlee.
"Kau ni . Suka buat aku jadi perempuan dohh." Badlee dah lap mata dengan tangan. 
Laaaa . . . Nangis .
"Sekali-sekala ." Bahu Badlee dipeluk . "Kau nak berubah . Insya-Allah aku ada tolong kau." 
"Syukran Jiddan , Haneef . Kau kawan aku dunia akhirat ." Bahu Haneef diraih juga.


Berubah tak mudah.
Sebab tu pentingnya Sahabat Fillah disisi sentiasa . 



Sunday, June 30, 2013

Saturday, June 15, 2013

Sebuah Deck Picisan

p/s : Entri tak ada kaitan dengan yang masih hidup di dunia ini atau yang sudah pergi meninngalkan dunia.



Matanya memandang setiap apa yang melintasi pandangan mata . Terkadang bibir tersenyum tanpa dipaksa . Melihat pelbagai ragam manusia dihadapan . Headphone yang tersangkut dileher dibawa ke telinga . Dibetulkan kedudukannya . Lagu Boyfriend dah berganti dengan Daylight - Chester See. Sekali lagi dia mengukir sengih lebar . Matanya turun menyambung bacaan yang terhenti tadi . Novel Versus diselak . Matanya berhenti meniti setiap bait huruf pada novel tatkala mengesan satu bunyi yang sangat dia kenali. Mata beralih dari Novel diriba ke bahagian hadapan . Kelihatan seorang lelaki sedang membuat aksi kickflip. Dia terpegun sendiri . Dah lama tak tengok orang skate . Rindunyaaaaa! Rindunya arwah abang ! Hatinya berbisik perlahan. Tanpa sedar , kisah lama tersungkap satu persatu. 


Imbas.

Peluh didahi dilap perlahan dengan tuala kecil pemberian si abang . Terasa bahu disentuh dari belakang . Automatik kepalanya berpusing melihat si dia di belakang .
"Penat ?" Lelaki itu menegur  .
"Sangat kut." Air mineral ditarik keluar dari beg sandang dihujung kaki . Bismillah . Diteguk perlahan menuruni tekak yang terasa kering .
"Okay kan , skate malam?" Ahmad bertanya . Deck dibawa ke riba . Tangan membersihkan Deck tanpa disuruh.
"Okaylah , not bad . Abang , why Keenah tak boleh skate pagi , or petang ?"
"Sebab tak manis untuk orang perempuan macam awak skate and hang dengan budak-budak lelaki pagi , petang . Lagi-lagi awak tu bertudung labuh ." Ahmad mengusap kepala Keenah perlahan.
"Tapi , kan ada abang . Salah eh ?" Keenah ikut sama meriba deck .
"Tak . Tak salah . Cuma tak manis . Keenah, buat aksi - aksi berbahaya dan sangat dahsyat , in front of the guys , tak manis . Untuk seorang muslimah. Sebab tu abang prefer kita skate malam , abang temankan keenah , tak ada siapa ."
"Ouhhhhh . The other day , ada kawan keenah tanya apa yang keenah dapat from skating ni ."
"Then , you jawab apa ?" Si abang baring memandang langit .
"Keenah cakap that skate buat keenah kuat . Everytime keenah jatuh waktu mula-mula skate buat keenah semakin kuat untuk bangun balik dan terus skate lagi . Sampai sekarang keenah dah kurang jatuh . and i'm so proud of myself. Hahaha." Dia ketawa memandang abangnya.
"Skateboarding aint a crime . Skateboarding . Certain orang je yang akan boleh tahan dengan  hidup as a skaters . Tak nak jatuh , jangan masuk life as a skater ni , sebab risiko dia memang akan kena jatuh. Sama macam hidup . Awak nak terus jalan tegak je . Tak tergolek , terjatuh , terlentang . Go die . Tak akan ada orang yang macam tu . Perjalan hidup kita sama macam we as a skater , jatuh itu perlu dan ia menguatkan. Lawan apa je yang datang dalam hidup ni . Nak jatuh pun biarkan . Bukan hidup lah namanya kalau tak terjatuh."Ahmad sengih lepas bebel panjang lebar.
"Skateboarding aint a crime huh ? Hlovate." Keenah sengih .
"Aint a crime . Malah boleh ambil ibrah yang sangat banyak dari sebuah deck picisan ini . Dont judge a deck by its cover huh ? " Ketawa mereka dua beradik pecah ditengah sunyinya malam.
"Dah , jom balik . Ummi marah nanti lama-lama sangat."Ahmad sudah berdiri mengulurkan tangan pada adiknya.
"Thank you abang. For the tazkirah pasal sebuah Deck." Keenah ketawa . Tangan abangnya disambut untuk berdiri . Deck dibimbit ditangan .
"No biggie , sis ."

Kini

Sengih tak berhenti dari tadi . Lamunannya terhenti bila terlihat si lelaki tadi sudah berehat dibangku dihadapannya . Dia senyum . Skateboarding Aint a Crime. dan ia suatu seni yang mengajar seorang skater tentang kehidupan.

Ibrah or pengajaran , kita boleh kutip dekat mana-mana even pada sebuah deck buruk sekalipun . Take it or leave it . Awak cuba cari ibrah dia atau awak tak ambil langsung ibrah from it , itu pilihan awak.
May Allah Bless us . Senyum . Aman.

p/s : Entri tak ada kaitan dengan yang masih hidup di dunia ini atau yang sudah pergi meninngalkan dunia.

Thursday, January 24, 2013

Janji Dalam Kenangan :)




kau datang , kau pergi ,
tapi , kini kau meninggalkan kenangan ,
kenangan yang tak mungkin hanya dalam ingatan ,
tapi , kenangan dalam kehidupan ,

semalam ,
berjanji setia ,
menegakkan panji di mata dunia ,
meninggikan martabat wanita Islam di puncak semesta ,

semalam , kita bersama ,
mengerah keringat ,
mengharungi lautan ,
bersatu hati ,
menggenggam janji ,

namun kini ,
kita telah ditakdirkan ,
berpisah untuk sementara :'/
seandainya ini yang terbaik ,
telah ku rela demi yang Maha Adil ,

jika satu hari nanti kita ditakdirkan bertemu kembali ,
hati ini sentiase berharap kau membawa Panji itu :')

Monday, December 17, 2012

PENGUMUMAN !


bismillah.
Assalamualaikum.


PENGUMUMAN !

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 5 2013 MENGIKUT KELAS : click here

&

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 2013 : click here









Tuesday, November 27, 2012

1000 JIWA 1 HATI


in the name of Allah..
DIJEMPUT DNA 15 
ramai-ramai join program ni.
memang best .

nak cerita sikit pengalaman..

mula-mula sampai..tgk
WAHHH.RAMAINYA ORANG..
1000 tu..
daftar ikut umur dan dibahagikan pada bbrapa kumpulan.
ahli kumpulan boleh pilih sendiri.. ^^



then.siap-siap untuk majlis perasmian..





lepastu balik masjid.solat maghrib ada tazkirah darpd IMAM MUDA :)


malam tu..yang paling best dan semangat !
sebab ramai sangat orang dalam auditorium and  
dapat jumpa dgn ramai artis-artis yg kita biasa tgk dlm TV dekat depan mata :D 





lepas countdown tahun baru..
rasa macam ada SEMANGAT BARU 
untuk jalani tahun baru dengan lebih baik..
anyway,we're going to face a lot of challenges next year
rigth ?


esoknya ada larian amal.
biasa-biasa je.
tak penat sangat pun..



 tahun lepas.ada seorang lelaki ni.
HEBAT !
beliau berjaya lari dari Masjid Negara hingga Tasik Titiwangsa..
dengan hanya sebelah kaki..



jadi..

Banin boleh PM NAMA PENUH & IC dekat Syafiq Khairudin
Banat boleh PM NAMA PENUH & IC dekat Fatihah Kamarudin

 JADI JOM RAMAI-RAMAI !